Harian Metro

Teruja di Manchester

-

Tatkala menerima tugasan ‘Dashing Trip To Manchester’ daripada Editor Sukan NSTP, Mohd Radzi Wahab, perasaan saya cukup teruja kerana ia bermakna - wau, peluang menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara ‘live’ dan bukannya seperti kebiasaan di depan kaca televisyen.

Bagi menambah keterujaan, saya kemudian ‘didendangk­an’ dengan cerita daripada rakan media yang membuat liputan tugasan itu sebelum ini mengenai pengalaman mereka di bandaraya penuh sejarah serta tradisi bola sepak Manchester, England yang jelasnya cukup menarik.

Ini bukan kali pertama saya ke Eropah, tetapi peluang untuk ke Manchester yang boleh dilabel antara ‘wish list’ buat peminat bola sepak seluruh dunia, ditambah menyaksika­n perlawanan seteru setempat Manchester City dan Manchester United adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Ketika artikel ini ditulis, saya sudah pun berada di Malaysia namun pengalaman berada di bumi Manchester selain Liverpool selama tiga hari bermula 5 April lalu, masih segar dalam ingatan.

Selain saya dan empat lagi rakan media, turut bersama dalam trip kami ialah enam pemenang peraduan Dashing Trip To Manchester, wakil dan pengedar syarikat pengeluar rangkaian produk penjagaan diri terkemuka negara itu diketuai Pengurus Pemasaran WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat induk prodek Dashing, Venkat Jangam.

Setibanya di Manchester selepas mengharung­i perjalanan panjang lebih 14 jam, kumpulan kami disapa dengan angin sejuk dengan cuaca serendah 6 darjah selsius. Malah ada di antara kami dilihat menggigil kesejukan.

Selepas kurang dua jam di hotel melepaskan lelah, keterujaan bermula apabila kami dibawa ke gelanggang keramat buat kelab bola sepak terkaya di dunia, United, Old Trafford.

MAGIS RED DEVILS

Di Old Trafford, kami diberi pas lawatan VIP yang berharga 150 pound (RM825) dan istimewany­a, ‘tour’ kami turut diiringi oleh salah seorang bekas pemain kelab berkenaan yang boleh dianggap legenda, Lee Martin.

Dan apa yang saya boleh simpulkan sepanjang tiga jam di stadium bermula dengan penerangan di muzium, bilik persalinan, tempat duduk penonton, padang sebelum menjamu selera di restoran terkenal - Red Cafe, masa yang berlalu itu bagaikan langsung tidak dirasa.

Pada saya, Martin yang menjadi wira United menjulang Piala FA pada 1990 cukup peramah, bijak dan tidak lokek memberi ilmu kepada kami semua. Malah beliau pada satu ketika turut ‘mengusik’ saya yang juga peminat kelab berpangkal­an di London, Arsenal.

Dengan pengalaman yang diperoleh juga, saya percaya beberapa di antara kami yang sebelum ini tidak meminati

Red Devils mungkin mengubah ‘identiti’ mereka.

‘MANCHESTER IS RED’

Sebelum ke Etihad iaitu gelanggang

Man City pada hari berikutnya, kami dibawa terlebih dulu ke muzium bola sepak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia