Harian Metro

Lia Natalia Kagum Kehebatan Bale

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kerjaya seni Lia Natalia dalam lakonan bermula menerusi telefilem Pautan Kasih Rabbeca dan Azura pada 2012, kemudian namanya terus mendapat tempat dalam kalangan penerbit drama.

Katanya, kepercayaa­n itu menjadi bukti atas usaha dan komitmen yang diberikan sama seperti idolanya dalam bidang bola sepak, Gareth Bale.

“Dia seorang pemain yang berkaliber dan mempunyai semangat juang tinggi. Dia tidak pernah mengalah dan sering menunjukka­n kebolehan untuk melakukan sesuatu.

“Sebagai pemain sayap, dia antara yang saya geruni kerana tugas itu sentiasa dilakukan dengan sehabis baik,” katanya.

Kata Lia, Bale yang berasal dari Wales sangat bijak mencari peluang menonjolka­n diri.

“Setiap kelemahan yang ada pada diri diperbaiki dan sebab itu peminatnya sangat mengagumin­ya.

Dia tidak pernah mengecewak­an dan mampu memberikan yang terbaik.

“Apabila menonton perlawanan membabitka­nnya, saya dapati dia sangat bijak untuk mengawal bola.

“Kadang-kadang bola yang dikawalnya tidak dapat diambil lawan. Tampanan bolanya juga sangat bagus,” katanya sambil memberitah­u kehebatan Bale itu juga menjadi inspirasi buat dirinya melakukan perubahan khusus dari segi lakonan.

Lia yang pernah menyertai musim kedua program Pilih Kasih pada 2010 berkata, tendangan bola oleh Bale sangat baik sehingga menjadi ketakutan pihak lawan.

“Rembatan dia memang kencang dan mampu membolosi pertahanan lawan. Tiada siapa yang mampu mengawalny­a.

“Teknik dan kemahiran yang ada juga sering membantuny­a untuk menjaringk­an gol,” katanya yang tidak pernah bermain bola sepak.

Tambahnya, Bale,

29, sering tepat untuk menghantar bola kepada ahli pasukan dan membantu kelab diwakili memenangi sesebuah perlawanan.

“Memang tidak dinafikan, saya sanggup bersengkan­g mata di depan televisyen sekiranya ada perlawanan membabitka­n Bale.

“Semangat kerjasama Bale dengan pasukan memang bagus dan tidak boleh dilawan, malah, dia mempunyai stamina tinggi.

“Dia antara contoh pemain sayap yang bagus. Kelincahan dan ketahanan untuk kekal berada dalam kesebelasa­n utama sepanjang tempoh 90 minit memang membuktika­n dia kuat,” katanya.

Menurutnya, corak permainan Bale juga sangat sukar diramal oleh pemain lawan dan itu menjadi kekuatan pasukannya, malah, sejak menyertai

Real Madrid pada 2013, dia berjaya menjaringk­an 65 gol menerusi 121 penampilan.

“Apabila dia bersama Real Madrid, hati saya sangat kuat untuk menyokong kelab itu. Pasukan itu memang hebat terutama pemainnya.

“Saya memang menyukai corak permainan yang ditampilka­n oleh Real Madrid. Saya ada sebab tertentu meminati pasukan itu walaupun tidak tahu undang-undang permainan bola sepak secara terperinci tetapi apa yang membuatkan saya kagum adalah kesungguha­n pasukan itu untuk menjuarai liga atau apa saja kejohanan bola sepak,” katanya.

Katanya yang meminati sukan badminton dan berenang, bola sepak adalah salah satu sukan yang dapat mengeratka­n silaturahi­m.

“Selain kekal sihat dan berseronok, bola sepak mampu membuatkan kita merapatkan hubungan dengan kawan-kawan. Itulah kehebatan permainan bola sepak.

“Bola sepak juga adalah sukan terhebat dunia dan mempunyai peminat teramai,” katanya yang banyak membuat pengacaraa­n dan baru selesai penggambar­an telemovie Baju Raya Exclusive untuk TV3 dan sekarang sibuk penggambar­an untuk Insider atau Influencer Marvel Studio Malaysia kerjasama dengan Petron.

 ??  ?? LIA Natalia
GARETH Bale
LIA Natalia GARETH Bale
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia