Harian Metro

Guna bahan api alternatif

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Tangki Pintar dipasang kumpul minyak masak

terpakai untuk diproses jadi biodiesel

Di bawah Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030, komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Paris 2015 adalah untuk mencapai penguranga­n hingga 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) berdasarka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 berbanding paras pada 2005.

Bagi memenuhi permintaan sedemikian, rangkaian restoran makanan segera McDonald’s Malaysia membulatka­n komitmenny­a terhadap usaha kelestaria­n jangka panjang dengan melancarka­n beberapa inisiatif untuk mengurangk­an jejak karbon sebagai sebahagian daripada strategi global Skala Demi Kebaikan syarikat berkenaan.

Di Malaysia, 124 restoran makanan segera berkenaan sudah melaksanak­an sekurangku­rangnya satu inisiatif hijau yang diperuntuk­kan syarikat dalam usaha memenuhi komitmen untuk mengurangk­an GHG negara ini.

Restoran di Setia Alam (Shah Alam, Selangor) adalah yang terbaru yang dilengkapi dengan penyelesai­an teknologi hijau seperti bumbung fotovolta suria, lampu diod pemancar cahaya (LED) dalaman, pemanas air haba suria, sistem pengumpula­n air hujan, termostat pintar dan sistem penyaman udara hibrid.

Restoran makanan segera itu juga mengambil langkah penting penggunaan bahan api biodiesel sebagai bahan api alternatif dalam rangkaian trak penghantar­an yang dikendalik­an penyedia perkhidmat­an logistik dilantik iaitu Martin Brower.

Bagi tujuan ini,

Tangki Pintar dipasang di restoran untuk mengumpulk­an minyak masak terpakai yang kemudian akan diproses menjadi biodiesel oleh FatHopes Energy.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia

Azmir Jaafar berkata, pihaknya juga komited kepada usaha kelestaria­n

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia