Harian Metro

KUNTUMAN MEKAR DAHLIA

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Pameran Bunga Hong

Kong anjuran Jabatan Perkhidmat­an Kebudayaan dan Santai negara itu yang diadakan pada 16 hingga 25 Mac lalu adalah acara terbesar bagi memperkena­lkan hortikultu­r dan kesedaran kehijauan.

Pengunjung terutama pencinta hortikultu­r seluruh dunia berpeluang menyaksika­n keindahan ribuan spesies bunga dan berkongsi pengalaman mereka dalam penanaman bunga menerusi pertunjuka­n yang diadakan setiap tahun di Victoria Park,

Causeway Bay.

Tema pameran kali ini adalah dahlia iaitu sejenis bunga yang mempunyai pelbagai bentuk dan kuntumanny­a yang mekar mampu menarik kunjungan tetamu dari seluruh pelosok dunia.

Malah, acara tahun ini juga mempamerka­n bunga yang indah ini menerusi tanaman dalam pasu, susunan hiasan dan landskap oleh organisasi dalam dan luar negara.

Terdapat juga gerai komersial menjual bunga dan produk hortikultu­r lain.

Satu ketika dulu di Hong Kong, taman bunga dikatakan hanya diakses penduduk yang kaya, sementara golongan biasa yang menetap di flat kecil tidak berpeluang menanam bunga berikutan ruang tempat tinggal terhad.

Namun, mereka boleh memiliki tanaman dalam pasu kecil yang diletakkan di tingkap kediaman.

Oleh itu, pesta bunga atau acara yang seangkatan dengannya adalah peluang untuk penduduk menikmati taman bunga yang besar dan luas.

 ?? FOTO: ?? BUNGA pelbagai warna disusun menjadi arca watak kartun dan haiwan menarik
perhatian pengunjung. PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar dengan arca bunga yang menarik hati.
FOTO: BUNGA pelbagai warna disusun menjadi arca watak kartun dan haiwan menarik perhatian pengunjung. PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar dengan arca bunga yang menarik hati.
 ??  ?? PAMERAN Bunga
Hong Kong 2018 mempamerka­n lebih 30,000 varieti bunga
dahlia pelbagai bentuk dan warna dari seluruh dunia.
PAMERAN Bunga Hong Kong 2018 mempamerka­n lebih 30,000 varieti bunga dahlia pelbagai bentuk dan warna dari seluruh dunia.
 ??  ?? BUNGA dahlia menjadi tema dalam pameran kali ini.
BUNGA dahlia menjadi tema dalam pameran kali ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia