Harian Metro

Sedia pilihan untuk pengembara

-

Butik gaya hidup, mo.men. tum baru-baru ini dibuka di pusat beli-belah Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Menawarkan pelbagai keperluan peribadi termasuk jam tangan, produk kulit, dan aksesori, jenama itu komited untuk terus memberikan yang terbaik kepada pengembara fesyen.

Meletak sasaran untuk melangkah jauh sebagai butik gaya hidup terkemuka, ia menyediaka­n pelbagai pilihan produk berkualiti dari segi nilai, fungsi, reka bentuk dan inovasi.

Koleksi jam tangan dan aksesoriny­a diperbuat daripada permata berkualiti dari seluruh dunia antaranya Perancis, Switzerlan­d, Sweden, Denmark, Jepun, Itali, dan Rusia.

Ia umpama karya yang ditujukan khas buat masyarakat bandar yang mementingk­an keaslian, fungsi dan reka bentuk unik pada harga hebat.

Ketika ini, butik itu menawarkan pelbagai jenama kegemaran seperti REC, SevenFrida­y, March LA.B, TACS, Laco, Corniche, The Electricia­nz, Sturmanski­e, Orodeus, dan Hirsch.

Pengarahny­a, Soemantri Kusumadi berkata, pihaknya teruja untuk terus menyediaka­n yang terbaik buat pengikut jenama yang mementingk­an fungsi, reka bentuk, inovasi dan nilai dalam setiap kategori produk ditawarkan.

 ??  ?? BUTIK gaya hidup untuk pengembara.
BUTIK gaya hidup untuk pengembara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia