Harian Metro

REKAAN MEWAH BERCIRI KLASIK

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Koleksi kreatif dalam Fashion in Motion V2 hasil sentuhan penuh gaya

Elegan, mewah, penuh gaya. Saban musim, koleksi fesyen pereka tersohor, Khoon Hooi sentiasa dinanti pencinta busana indah dengan penuh debaran.

Masih mengekalka­n kerjasama dengan BMW Malaysia, minggu lalu Khoon Hooi sekali lagi mencuri perhatian tetamunya menerusi Fashion in Motion V2.

Fesyen inspirasi yang menampilka­n sinergi antara koleksi musim luruh 2018 dengan model terkini BMW X2 itu meraikan semangat, reka bentuk, perincian serta tanda pengenalan bagi kedua-dua jenama.

Menariknya, setiap koleksi persalinan dihasilkan bukan sekadar tampak mewah menerusi potongan eksklusif tetapi membawa penggemar fesyen mendalami sentuhan kreatif dipersemba­hkan pereka itu.

Sinonim dengan hasil tema rekaan unik menggunaka­n sentuhan bulu pelepah, kali ini Khoon Hooi membawa lebih daripada itu. Menggunaka­n paduan fabrik bersulam, hiasan mutiara mewah dan sentuhan penuh gaya, pereka ini membentang­kan hasil terbaiknya di pentas peragaan.

Bermula dari lampu pentas dinyalakan, sudah terlihat rekaan regal (gaya raja) yang cuba ditonjolka­n. Sulaman mewah pada gaun serba indah menampakka­n ciri klasik. Sementara siluet dan potongan lengan luar biasa menjadi pelengkap gaya bagi rekaan busana ringkas.

Berpegang kepada kekuatan dan keberanian dalam rekaan, semangat Khoon Hooi itu secara tidak langsung menggambar­kan ciri BMW X2. Kompak premium itu bukan saja menyerlah dari gaya, malah memiliki kekuatan di setiap sudut, lengkung dan perincian. Kombinasi inilah yang mengangkat rekaan eksklusif Khoon Hooi.

Selain peragaan koleksi, pereka itu turut memperkena­lkan butik barunya di APW Bangsar.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? 1. BUSANA indah berhiaskan bulu pelepah.
2. GAUN kembang nampak segar dengan perincian bunga indah.
3. GAYA klasik mewah.
4. PERINCIAN pada baju dan potongan lengan menonjolka­n gaya.
5. RONA merah memikat tetamu.
FOTO: 1. BUSANA indah berhiaskan bulu pelepah. 2. GAUN kembang nampak segar dengan perincian bunga indah. 3. GAYA klasik mewah. 4. PERINCIAN pada baju dan potongan lengan menonjolka­n gaya. 5. RONA merah memikat tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia