Harian Metro

Ramai pemain import tak berkualiti

-

Masih belum terlewat. Apa kata ayuh kita perhatikan secara lebih dekat prestasi pemain import pasukan masing-masing, bermula dengan aksi mereka dalam perhitunga­n suku akhir kedua Piala FA 2018, minggu ini.

Empat perlawanan suku akhir kedua yang secara maksimanya menyajikan kita prestasi 24 pemain asing. Lupakan polemik mengenai sumbangan sebenar pemain import dalam bola sepak Malaysia yang mencetuska­n pelbagai pandangan berbeza sejak kehadiran mereka pada tahun 1989.

Tumpukan dulu aksi 24 pemain dalam perlawanan JDT-Pahang, FELDA United-PKNP FC, Selangor-Kuala Lumpur dan Perak-PKNS FC.

Jumlah awang import mungkin kurang daripada 24 pemain, tidak semua import sentiasa mendapat kepercayaa­n jurulatih mereka. Peraturan baru untuk Piala FA menghadkan hanya empat, dan bukannya lima, pemain import boleh diturunkan sesebuah pasukan.

Mungkin ada kumpulan penyokong berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh pemain import anda. Namun, saya percaya ada juga yang masih merungut tentang aksi yang tidak setimpal pemain asing yang lazimnya, dibayar gaji jauh lebih tinggi berbanding pemain tempatan.

Seingat saya, antara elemen penting kemasukan pemain import pada 1989 ialah mereka menjadi contoh ikutan etika profesiona­lisme dalam kalangan pemainpema­in tempatan. Selepas hampir 30 tahun kesan penampilan pemain import dalam liga di Malaysia, hanya sederhana secara keseluruha­nnya.

Saya yakin ramai peminat juga masih ingat kejayaan Malaysia merangkul semula pingat emas bolasepak Sukan SEA 2009 di Laos, berlaku pada musim ketika Liga Malaysia tidak menggunaka­n khidmat pemain asing.

Sama ada kebetulan atau tidak, rumusan saya terhadap kesan dan sumbangan pemain import Malaysia kebelakang­an ini, perlu dipersoalk­an. Lebih penting lagi, ia perlu ditangani dengan teliti oleh pihak pengurusan pasukan tempatan.

Selepasber­tahuntahun kehadiran import di Malaysia, kita juga tahu banyak kekangan yang dihadapi oleh pengurusan. Antaranya, yuran perpindaha­n atau gaji yang tinggi serta pilihan pemain yang terbatas, lazimnya hanya bersandar senarai yang dicadangka­n segelintir ejen yang jinak dengan bola sepak Malaysia.

Ketidak-tentuan mengenai pemain import yang semakin ketara juga sedang berlaku dalam

Liga Super musim ini. Kelantan, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan antara pasukan yang menyifatka­n pemain import mereka tidak berfungsi seperti diharapkan.

Boleh dikatakan pemain import tidak lagi jaminan menjadi ikutan yang benar-benar positif buat pemain tempatan.

“Kalau ada seorang penyerang, pemain tengah dan pertahanan import yang berwibawa, itu sudah cukup untuk memastikan pasukan kita mencabar kejuaraan. Kerja kami lebih mudah untuk memantapka­n pasukan”, itu antara kata-kata ramai bekas pemain kepada saya mengenai khidmat pemain import.

Malangnya, anggapan itu tidak lagi tepat dengan prestasi hambar dan ‘biasa’ saja daripada kebanyakan pemain import yang beraksi dalam Liga Malaysia. Hanya Figueroa, Ghaddar, Diaz, Doe, Guerra dan Liridon antara yang boleh dianggap import berkualiti kebelakang­an ini.

Justeru, masanya sudah tiba dan terpulangl­ah kepada pemain-pemain tempatan sendiri untuk menghasilk­an prestasi dan kualiti permainan terbaik masing-masing. Kini sukar bagi pemain tempatan mendapat inspirasi daripada pemain import untuk menghasilk­an prestasi cemerlang.

Daripada lapan pasukan yang turun dalam aksi suku akhir Piala FA minggu ini, mungkin Thiago Augusto (FELDA), Gonzalo Cabrrera (JDT), Mahamadou Sumareh (Pahang) dan Wander

Luiz (Perak) yang masih tergolong sebagai import berkualiti.

Kita harapkan import yang lain masih mampu menyerlah musim ini di samping kemampuan pemain tempatan untuk meningkatk­an sendiri kebolehan mereka menerusi disiplin dan komitmen yang lebih tinggi. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia