Harian Metro

Saiful bawa pulang RM3,000

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Raih juara pertanding­an nyanyi lagu OneRepubli­c

Bagi menghangat­kan konsert OneRepubli­c Live in Malaysia 2018 yang akan berlangsun­g di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 April ini, satu pertanding­an nyanyian diadakan penganjur, WGW Entertainm­ent baru-baru ini.

Seramai 10 finalis dipilih pada pusingan akhir pertanding­an itu bagi mencari bakat baru yang menjadikan kumpulan OneRepubli­c sebagai idola sekali gus merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000 serta dua tiket Rock Zone bernilai RM578 setiap satu.

Siapa sangka, selepas hampir empat tahun tidak mengikuti sebarang pertanding­an nyanyian, jejaka yang bekerja sebagai eksekutif jualan, Saiful Syafiq Sarmon, 28, dinobatkan juara pertanding­an itu.

Syafiq ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan itu kerana semua sembilan peserta lain mempamerka­n persembaha­n yang baik.

“Rata-rata peserta memberikan persembaha­n yang terbaik. Malah ada di antara mereka yang membawa alat muzik seperti gitar bagi mencantikk­an lagi persembaha­n mereka.

“Saya anggap kemenangan ini adalah rezeki. Selain teruja dapat membawa pulang wang tunai saya sebenarnya tidak sabar untuk menonton konsert OneRepubli­c ini kerana teringin melihat persembaha­n mereka secara langsung,” katanya.

Tempat kedua dimenangi Muhammad Affan Mazlan,

18, dengan menerima hadiah wang tunai RM2,000 manakala pemenang tempat ketiga menjadi milik Ullyseus Vinent James, 26, yang membawa pulang wang tunai 1,000.

Masing-masing turut diberikan dua tiket Rock Zone konsert berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan WGW Entertainm­ent Hendrick Huang berkata, pertanding­an itu dianjurkan bagi memberi peluang dan platform kepada bakat baru menunjukka­n minat serta bakat mereka dalam bidang seni suara.

“Menerusi pertanding­an ini setiap peserta perlu menyanyika­n lagu popular OneRepubli­c. Persembaha­n mereka dinilai berdasarka­n vokal, tempo dan persembaha­n pentas.

“Kami bangga kerana dapat menyediaka­n platform kepada bakat muda utuk menunjukka­n kebolehan mereka. Selain itu kami memberi peluang kepada mereka untuk menonton konsert OneRepubli­c Live di Malaysia nanti,” katanya.

OneRepubli­c bakal kembali beraksi di Malaysia selepas kali terakhir mengadakan konsert di sini pada 2013.

Tiket berharga RM668 untuk kategori (VIP), RM578 (Rockzone), RM498 (Cat 1), RM398 (Cat 2), RM298 (Cat 3), dan RM178 (Cat 4) sudah boleh dibeli menerusi laman web www.ticketchar­ge. com.my.

 ??  ?? Selain teruja dapat membawa pulang wang tunai saya sebenarnya tidak sabar untuk menonton konsert OneRepubli­c ini kerana teringin melihat persembaha­n mereka secara langsung
Selain teruja dapat membawa pulang wang tunai saya sebenarnya tidak sabar untuk menonton konsert OneRepubli­c ini kerana teringin melihat persembaha­n mereka secara langsung
 ??  ?? SAIFUL tidak sangka jadi juara.
SAIFUL tidak sangka jadi juara.
 ??  ?? SERAMAI 10 finalis terpilih menyertai pusingan akhir pertanding­an nyanyian ini.
SERAMAI 10 finalis terpilih menyertai pusingan akhir pertanding­an nyanyian ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia