Harian Metro

Kehebatan Adiwira wanita

-

berjaya mencuri tumpuan.

Sebelum kehadiran adiwira berkenaan, terlebih dahulu kuasa Supergirl,

Kitty Pryde, Black Widow dan Storm menambat hati penonton terutama wanita. Ada yang menjadikan mereka sebagai inspirasi agar lebih kuat menghadapi cabaran hidup.

Berikut adalah 10 adiwira wanita yang menjadi sebutan tidak hanya dalam kalangan wanita tetapi juga penonton lelaki. Watak ini mempunyai ramai pengikut setia.

1. WONDER WOMAN

Dia ikon feminis. Wonder Woman ialah adiwira wanita yang dikatakan terbaik dan paling hebat. Filem ‘standalone’ yang mengisahka­n kembaranya membantu menyelamat­kan manusia ditayangka­n tahun lalu.

Karakter Wonder Woman mula dicipta pada 1941 dengan ciri mitologi Yunani. Wonder Woman bergabung dengan wira Justice League membentuk sebuah pasukan yang akan mempertaha­nkan bumi daripada ancaman musuh. Wonder Woman mempunyai kelas tersendiri. Bukan hanya kerana karakterny­a tetapi keberanian yang ditunjukka­n pada saat wira lain takut bertindak.

2. BLACK WIDOW

Dia lebih kuat daripada apa yang disangkaka­n umum. Tidak

memiliki kuasa, tidak bermakna dia lemah. Super Girl dan Invisible Woman dilahirkan dengan kuasa namun Black Widow terpaksa bekerja keras untuk mengasah kemahirann­ya.

Karakter ini dicipta pada 1960. Namun kehadiran

Black Widow lebih menyerlah sebagai adiwira Marvel Cinematic Universe apabila berada dalam pasukan Avengers yang berjuang demi keamanan bumi.

Walaupun bermula sebagai watak jahat, tidak lama selepas itu wanita ini menjadi sebahagian daripada Avengers. Baru-baru ini, watak ini dikatakan mati. Bagaimanap­un, kehadirann­ya dalam Avengers Infinity War menepis dakwaan berkenaan.

Watak ini ialah wanita pertama dalam X-Men. Dia paling berkuasa di antara semua mutan wanita dalam kisah X-Men.

Walaupun berhadapan masalah peribadi dan berada dalam dilema sama ada menjadi pejuang kebaikan atau antihero, kuasanya cukup digeruni semua adiwira.

Turut digelar sebagai Dark Phoenix, pengorbana­nnya demi rakan cukup mengharuka­n peminat. Namun, Jean Grey akan muncul semula dalam filem X-Men: Red untuk memimpin pasukannya.

Barbara Gordon ada keunikan tersendiri dalam kalangan adiwira. Dia bermula sebagai Batgirl yang menggunaka­n kebijaksan­aan serta keupayaan fizikal bagi mendapatka­n kepercayaa­n Batman sebagai rakan dan anak murid.

Dia banyak menghabisk­an masa di lorong bagi memastikan keadaan penduduk bandar Gotham sentiasa selamat. Dengan kebijaksan­aannya, Batgirl kemudian menjadi penyalur maklumat kepada Batman. Dia turut mengetuai adiwira wanita iaitu pasukan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia