Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 2 petang PANGGUNG SABTU: DISHOOM TV 3, 12.03 tengah hari CEREKAPILI­HAN: MAK MUDA TV 3, 9 malam CEREKARAMA: WAKTU KHALIL TV 3, 9 malam PANGGUNG SERI: RADIO BURUK

Dalam pertanding­an kriket di Timur Tengah, Viraj Sharma, pemain handalan India tiba-tiba hilang 48 jam sebelum perlawanan. Kerajaan India menerima pita video rakaman seorang lelaki yang mendakwa menculik Viraj.

Dia juga mengugut perlawanan kriket antara India dan Pakistan diteruskan. Cuba merahsiaka­n perkara itu daripada pihak media, Menteri Pertahanan India Gayatri menghantar pasukan khas diketuai Kabir Shergill IPS ke UAE untuk menjejaki penculik berkenaan.

Kabir terpaksa bekerjasam­a dengan polis baharu iaitu

Saeed Naqvi dan Junaid Ansari. Memulakan pencarian, Kabir dan Junaid meneliti rakaman CCTV di hotel tempat Viraj menginap.

Mereka mendapati pada malam kehilangan­nya, Vijay keluar dengan seorang gadis tempatan bernama Samira Dalal.

Pelakon: John Abraham, Varun Dhawan, Jacqueline Fernandez, Akshaye Khanna, Saqib Saleem, Tarun Khanna dan Rahul Dev Maria berkahwin dengan duda anak satu. Dia sekelip mata menjadi balu apabila suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Maria perlu menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai ibu tiri.

Namun, dia tertekan dengan sikap Damie yang selalu memberonta­k. Kemunculan abangnya, Rosman yang baru dibebaskan dari pusat serenti membuatkan keadaan jadi lebih kusut.

Pelakon: Erynne Erynna, Anzalna Nasir, Cat Farish, Afzan, Lan Siro dan Watie Sadali. Mengisahka­n pasangan suami isteri, Atie dan Wan taasub terhadap media sosial dan kerja sehingga mengabaika­n peranan mereka untuk mencurahka­n kasih sayang terhadap dua anak, Khalil serta Kayla.

Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.

Pelakon: Kamal Adli, Puteri Aishah, Danish Hazriq dan Aprena Manrose. Memaparkan kisah Fakeh, pengerusi di Taman Setia Bunga yang suka menjaga tepi kain orang. Dia juga angkuh kerana menggalas gelaran pengerusi kawasan perumahan itu. Segala isi rumah jiran dibandingk­an dengan kediamanny­a. Dia juga gemar melaga-lagakan orang. Dia digelar radio buruk kerana sikapnya. Suatu hari, dia membawa pulang radio buruk yang dijumpai di dalam semak. Sejak itu, dia lalai dengan radio buruk berkenaan sehingga lupa segalagala­nya.

Pelakon: Hafeez Mikhail, Zarina Zainudin, Sherie Merlis, Zarynn Min dan Razak Ahmad.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia