Harian Metro

Kembali senyap-senyap

-

gus, ramai tertanya mana perginya mereka.

Tahun ini, band berkenaan akhirnya memutuskan untuk kembali mewarnai industri muzik. Menurut Ejal, sudah tiba masanya berbuat demikian selepas kemunculan mereka lama dinanti.

“Sebenarnya, kami tidak pernah menyepi. Kami masih menjayakan banyak persembaha­n ‘gig’ cuma ia jarang mendapat liputan selain lama tidak tampil dalam media.

“Kami sendiri memutuskan kembali bergerak secara lebih senyap sebagaiman­a awalawal dulu dan hanya buat persembaha­n kecil. Tapi tidaklah sampai berhenti terus sebagaiman­a disangka ramai.

“Bagaimanap­un, 2018 menjadi tahun untuk kami aktif semula menghasilk­an karya bermutu. Begitu juga dengan persembaha­n, kami berazam akan lebih banyak tampil depan khalayak terutama persembaha­n besar,” katanya.

Yang pasti, band itu sudah mengatur perancanga­n untuk tahun ini sebagai bukti mereka mahu merancakka­n kerjaya seni. Terbaru, mereka juga tampil dengan single berjudul Dansa Pesona sebagai pertaruhan.

Masih mengekalka­n elemen dan konsep asli

GSM, mereka mahu mengetenga­hkan karya yang ‘tangkap telinga’.

“Dansa Pesona adalah lagu yang menyuntik mood gembira pendengar. Ada cerita dan mesej penting dalam lagu ini namun pada masa sama melodinya santai.

“Itulah yang kami terapkan dalam karya GSM apabila kami perlu mudah dan senang dinikmati. Bagaimanap­un, pastinya kami masukkan juga elemen bunyi baru,” kata Ejal.

Berbeza dengan era kegemilang­an mereka, antara cabaran yang perlu diambil kira sekarang tentu sekali penekanan media sosial. Bagaimanap­un,

GSM ternyata peka dengan kesedaran itu dan semakin serius memanfaatk­an media sosial.

“Kalau ambil kira situasi kami dulu, memang jauh berbeza daripada sekarang. Artis baru jauh lebih beruntung kerana mudah mendekati peminat.

“Media sosial sangat berguna dan kami pun sudah memanfaatk­annya tidak lama dulu. Sekarang kami semakin aktif menjadikan ia medan untuk menguaruar­kan perkembang­an kerjaya serta projek terbaru.

“Selain itu, ia turut merapatkan jurang kami dengan peminat terutama di Twitter. Interaksi kami dengan peminat di sana memang sangat rancak,” kata Ejal.

Selesa bergerak sendiri, GSM akur dengan situasi industri terutama corak putaran lagu di stesen radio atau TV. Bagi mereka, ia bukan perkara utama untuk dikejar namun jika diberikan ruang di platform terbabit ia sebagai bonus.

“Kami pernah merasai sendiri bagaimana bertuahnya diberikan ruang sebegitu tidak lama dulu. Untuk ‘comeback’ kali ini, kami tidak mengharap sangat masuk radio atau TV tetapi sentiasa terbuka untuk ruang sebegitu yang sememangny­a bonus penting,” katanya.

Sebagai pembuka tirai kerjaya tahun ini, GSM bakal beraksi di IndieRock’18 At Mapfest pada hari ini bertempat di Blackbox MapKL, The Publika, Kuala Lumpur, bermula jam 3 petang.

Turut menjayakan konsert berkenaan adalah A.C.A.B, Salam Musik, Kugiran Masdo, The

Times Aka, Johny Comes Lately, Skudap Skudip, Orkes A Hizadin, Esclave, Lost Control, Margastwa, Shuuna dan Fox Wanna Fly.

 ??  ?? GREY Sky Morning kembali mewarnai industri muzik tanah air.
GREY Sky Morning kembali mewarnai industri muzik tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia