Harian Metro

TONGGAK MISI MALBATT

48 anggota RAJD tempuh cabaran laksana operasi keamanan di selatan Lubnan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Memusnahka­n bom buatan sendiri, membina halangan dan pembinaan medan.

Itu antara cabaran dilalui 48 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang sedang melaksanak­an operasi keamanan di bawah misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di selatan Lubnan.

RAJD antara kor terbabit dalam Malaysian Battalion (MALBATT) 850-5 selain Unit Infantri.

Ketua Elemen Jurutera MALBATT 850-5 Mejar Zuhairee Ariffin Assan berkata, Kor RAJD memainkan peranan penting dalam misi pengaman di negara berkenaan.

“Pelbagai tugasan dipertangg­ungjawabka­n kepada RAJD bagi memastikan kelangsung­an hidup pasukan MALBATT untuk beroperasi secara bersendiri­an di kawasan operasi.

“Selain itu, pasukan RAJD perlu memastikan bekalan asas seperti elektrik dan air dapat dibekalkan dengan sempurna dan tidak terputus bekalan di kawasan operasi,” katanya.

Zuhairee berkata, anggota RAJD turut berpeluang bekerjasam­a dengan tentera dari negara lain sekali gus menimba pengalaman berharga.

“Anggota RAJD secara tidak langsung dapat menimba pengalaman, teknik, taktik serta prosedur terkini dalam pemusnahan bom buatan sendiri (C-IED) daripada tentera asing menerusi kursus dan latihan dianjurkan pihak United Nations (UN),” katanya.

Sementara itu, Juruteknik Elektrik MALBATT 850-5 Lans Koperal Shahrul Hafizi Harun berkata, cabaran utama dilalui anggota RAJD di kawasan operasi adalah untuk melaksanak­an tugas di dalam persekitar­an yang serba baru dan berurusan dengan penduduk tempatan.

“Anggota RAJD juga perlu cepat belajar perkara baru yang kebanyakan­nya tidak ada di Malaysia.

“Saya bersyukur kerana dipilih menyertai MALBATT 850-5 di Lubnan ini kerana terlalu banyak perkara baru dipelajari di sini,” katanya.

Pelbagai tugasan dipertangg­ungjawabka­n kepada RAJD bagi memastikan kelangsung­an hidup pasukan MALBATT”

Zuhairee Ariffin Assan

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA RAJD menunjukka­n taktik serta prosedur terkini pemusnahan bom buatan sendiri (C-IED).
ANGGOTA RAJD menunjukka­n taktik serta prosedur terkini pemusnahan bom buatan sendiri (C-IED).
 ??  ??
 ??  ?? CABARAN utama dilalui
anggota RAJD adalah persekitar­an serba mencabar.
CABARAN utama dilalui anggota RAJD adalah persekitar­an serba mencabar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia