Harian Metro

Pesawat tergelinci­r dari landasan

-

Seramai 132 penumpang dan anak kapal Malindo Air terselamat apabila pesawat dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu tergelinci­r dari landasan ketika berlepas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribuvan, Kathmandu, Nepal, kelmarin.

Syarikat penerbanga­n Malindo Air yang mengesahka­n insiden itu melalui satu kenyataann­ya semalam, memaklumka­n penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarka­n dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan pada jam 10.25 malam (waktu tempatan).

“Bantuan turut diberikan kepada penumpang yang terjejas dengan makanan dan penginapan disediakan termasuk urusan untuk penerbanga­n seterusnya.

“Syarikat penerbanga­n ini kesal terhadap kesulitan dialami penumpang ekoran insiden itu,” kata kenyataan itu.

Malindo Air turut memaklumka­n yang syarikat penerbanga­n itu memandang serius kejadian berkenaan dan akan melakukan siasatan bagi menyelesai­kan perkara itu segera.

Sebelum ini, AFP melaporkan Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribhuvan yang juga pintu masuk udara utama Nepal ditutup berikutan kejadian itu, namun tidak diketahui tempoh lapangan terbang berkenaan ditutup.

Jurucakap lapangan terbang Prem Nath Thakur berkata, penerbanga­n itu tersasar dari landasan, Khamis lalu selepas juruterban­g menyedari ada masalah sebelum menghentik­an penerbanga­n pesawat berkenaan.

“Pesawat itu tergelinci­r sebelum masuk ke padang rumput dan berhenti di lumpur 100 kaki (30 meter) dari landasan,” katanya turut memaklumka­n punca kejadian masih belum diketahui.

 ??  ?? PESAWAT Malindo Air yang tergelinci­r dari landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribuvan, Kathmandu, Nepal, Khamis lalu.
PESAWAT Malindo Air yang tergelinci­r dari landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribuvan, Kathmandu, Nepal, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia