Harian Metro

Rugi RM7,600 terpedaya pakej umrah tidak wujud SALAH BANCUH

- Mohd Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Terpengaru­h tawaran umrah murah, seorang jurutera kerugian RM7,600 apabila diperdaya sebuah syarikat pelanconga­n yang menawarkan pakej mengerjaka­n umrah tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada Oktober tahun lalu, mangsa lelaki berusia 43 tahun berurusan dengan seorang wanita iaitu ejen syarikat berkenaan.

“Mangsa kemudian bersetuju untuk mengambil pakej umrah serendah RM3,500 seorang untuk dua orang dan mangsa memasukkan wang RM7,600 termasuk bayaran lain dikenakan sindiket terbabit ke dalam akaun bank CIMB di atas nama syarikat berkenaan pada 11 Oktober tahun lalu.

“Syarikat terbabit menetapkan penerbanga­n untuk mangsa pada 21 Disember 2017 dan dijangka pulang pada 31 Disember.

“Namun, pada 20 Disember, mangsa dihubungi seorang wanita lain memaklumka­n penerbanga­nnya terpaksa ditunda kepada 31 Disember,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, ia disebabkan berlaku masalah visa dan jika mangsa mahu membatalka­n pakej itu, syarikat terbabit berjanji akan memulangka­n balik bayaran dibuat dalam jangka masa dua bulan.

Kesilapan pekerja melakukan campuran bahan kimia menyebabka­n berlaku tindak balas sehingga menghasilk­an kepulan asap tebal di sebuah kilang di Taman Perindustr­ian Puchong, berhampira­n Lebuhraya Damansara-Puhong (LDP), dekat sini, kelmarin.

Kejadian itu menyebabka­n anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi untuk mengawal keadaan di premis berkenaan.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, tindak balas bahan kimia organik Peroxide yang disimpan di dalam tong besi menghasilk­an kepulan asap tebal namun tidak menyebabka­n kebakaran.

Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor, Mohd Nurizawan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.27 petang.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dengan kekuatan sebuah jentera bergegas ke lokasi dan mengawal keadaan dengan melakukan proses penyejukan menggunaka­n air.

“Pasukan juga melakukan pengosonga­n bangunan dan memastikan tiada bahan yang tidak selamat di dalam premis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terkesan dengan kejadian

 Kesilapan pekerja campur bahan kimia hasilkan kepulan asap tebal di kilang

itu selain tidak menjejaska­n struktur bangunan.

“Daripada maklumat diterima, pekerja tersalah melakukan campuran bahan kimia yang menyebabka­n asap terhasil sebelum melaporkan kejadian kepada bomba.

“Asap akibat tindak balas itu boleh menyebabka­n kerosakan kepada kulit manusia,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal keadaan di sebuah kilang selepas berlaku tindak balas bahan kimia organik Peroxide.
ANGGOTA bomba mengawal keadaan di sebuah kilang selepas berlaku tindak balas bahan kimia organik Peroxide.
 ??  ??
 ??  ?? MESEJ bergambar yang tular di media sosial.
MESEJ bergambar yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia