Harian Metro

Polis nafi pemimpin maut dalam kemalangan

-

Ranau: Polis semalam menafikan kenyataan tular di laman sosial kononnya kemalangan di Jalan Kota Kinabalu - Sandakan berhampira­n Bukit Taviu di sini, baru-baru ini membabitka­n seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang maut disusuli penemuan sejumlah wang dalam kenderaan itu.

Polis juga mengesahka­n gambar wang tunai begitu banyak yang disertakan dengan gambar kemalangan itu adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan membabitka­n Toyota Land Cruiser Superking dan Toyota Hilux Vigo yang bertembung dengan sebuah lori pada 17 April lalu itu tiada kena-mengena dengan sejumlah wang seperti dimuat naik pengguna Facebook menggunaka­n nama Hussein Abdul Hamid.

“Kemalangan itu memang berlaku manakala lelaki yang gambarnya menjadi tular itu adalah pemandu, Sulaiman Harianto, 28, yang maut di lokasi kejadian.

“Mangsa membawa dua penumpang iaitu Datin Rositah Ghani Abdul Shah, 53, dan anaknya, Nurul Zafiral Abdul Hajan, 24, yang cedera parah dan dihantar ke Hospital Dutches of Kent di Sandakan.

“Bagaimanap­un, tiada sejumlah wang dalam kotak seperti gambar yang tular di Facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Farhan berkata, Rositah yang juga isteri kepada Ahli Jawatankua­sa UMNO Bahagian Semporna, Datuk Abdul Hajan Gurimbang meninggal dunia awal pagi kelmarin selepas koma akibat kemalangan itu.

Katanya, setakat ini polis tidak menerima laporan berhubung penyebaran maklumat palsu itu namun akan menjalanka­n siasatan terhadap individu terbabit kerana menyebarka­n berita palsu jika ada laporan selepas ini.

Difahamkan, gambar wang dalam kotak terbabit adalah gambar lama yang pernah tular sebelum ini menerusi mesej bergambar mengenai kononnya wujud pengedaran wang kertas palsu RM100 secara meluas di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia