Harian Metro

DAKWAH NOR AISHAH

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

Kelebihan berbahasa Mandarin memudahkan Siti Nor Aishah Ahmad, 26, membabitka­n diri dalam aktiviti dakwah kepada individu bukan Islam di negara ini memahami agama Islam.

Dia yang kini bergiat aktif dalam aktiviti dakwah bersama Hidayah Centre Foundation (HCF) sebagai sukarelawa­n pemandu pelancong masjid bagi program masjid terbuka yang kerap dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit.

Menurut Nor Aishah, dia mula bergiat dalam aktiviti keagamaan dan dakwah sejak di bangku sekolah menengah lagi dengan membabitka­n diri dalam Badan Kerohanian Sekolah (BADAR), selain dilantik sebagai Naqibah serta Imam Puteri di asrama Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

“Bagaimanap­un, di peringkat sekolah rendah dan menengah saya tidak mempunyai asas bahasa Mandarin. Tetapi selepas tamat persekolah­an saya membuat pilihan bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana muda Bahasa Cina di Beijing

(BLCU), Beijing, China di bawah tajaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), pada 2011.

“Sewaktu belajar di sana saya mula belajar dan menguasai bahasa Mandarin sehingga tamat pengajian selama lima tahun di BLCU.

“Ketika di BLCU juga saya banyak terbabit dalam aktiviti dakwah selepas menjadi sebahagian komuniti di Masjid Madian, Beijing antaranya dengan menyertai pelbagai aktiviti anjuran masjid seperti iftar Ramadan, sambutan hari raya, sukarelawa­n persembaha­n selawat dan sebagainya.

“Perkara itu membuatkan saya mudah menguasai bahasa Mandarin apabila sentiasa berinterak­si dengan penduduk negara berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program masjid terbuka di Masjid Al-Fa’izin, Desa Jaya, Kepong, di sini, baru-baru ini.

Dia yang kini menyambung pengajian peringkat Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru berkata, selepas pulang ke negara ini dia mula membabitka­n diri dengan aktiviti sukarelawa­n yang dijalankan HCF sejak awal Januari lalu.

Katanya, sejak pembabitan­nya dia kerap membabitka­n diri dengan menjadi sukarelawa­n pemandu pelancong masjid menerusi program masjid terbuka yang dianjurkan HCF bagi memberi peluang kepada orang bukan Islam mendekati institusi masjid.

“Program ini dilaksanak­an di masjid yang mahu bekerjasam­a dengan HCF melaksanak­an program ini bagi menyantuni orang bukan Islam mendekati masjid.

“Menerusi program ini orang bukan Islam dibawa ke dalam masjid untuk berkongsi mengenai konsep rumah ibadat berkenaan selain memberikan medium bagi mereka untuk bersoal jawab berhubung ajaran Islam.

“Majoriti peserta yang hadir lebih selesa mendengar penerangan menggunaka­n bahasa mereka berbanding bahasa Melayu atau Inggeris,” katanya.

Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, dia berharap menerusi program

Aktif sebagai sukarelawa­n berbahasa Mandarin jayakan program masjid terbuka

terbabit dia dapat memperbetu­lkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat bukan Islam bagi memupuk perpaduan dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini.

“Ada dalam kalangan peserta bukan Islam terutamany­a masyarakat Cina salah faham dengan konsep yang dilaksanak­an di masjid terbuka ini kerana ada yang berpendapa­t kami mahu mengislamk­an mereka.

“Tetapi sebenarnya kami hanya mahu memberikan kefahaman kepada mereka mengenai Islam supaya tidak berlaku salah faham dan dapat memperbetu­lkan persepsi negatif terhadap agama Islam,” katanya.

Nor Aishah turut berharap lebih ramai masyarakat bukan Islam membabitka­n diri sekiranya program masjid terbuka terbabit dilaksanak­an di kawasan penempatan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia