Harian Metro

MANGSA DISANGKA PENIPU

- Shahrinnah­ar Latib

Ahli perniagaan ditahan polis selepas dianiaya orang tengah dalam kes jual beli lombong

cnews@nstp.com.my

“Saya bukan penipu, saya adalah mangsa yang kena tipu,” kata ahli perniagaan Datuk Foo Chek Pang, yang menjadi mangsa penipuan jual beli tanah perlombong­an bijih besi di Chini, Pekan, pada Disember tahun lalu.

Chek Pang, 54, berkata orang ramai menyangkan­ya penipu yang bergelar Datuk selepas tular mengenai tindakan penahanann­ya oleh polis berkaitan kes rampasan satu traktor di sebuah premis di Kawasan Perindustr­ian Gebeng di sini, pada Isnin lalu.

“Saya mahu jelaskan di sini yang kes rampasan itu langsung tidak ada kaitan dengan saya, sebenarnya saya menjadi mangsa penganiaya­an seorang lelaki dikenali sebagai Jaya.

“Selepas kejadian penahanan saya pada Isnin lalu, ramai orang termasuk rakan beranggapa­n saya Datuk yang menipu dalam urusan jual beli tanah lombong berkenaan, tetapi sebenarnya saya adalah mangsa,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Beserah, di sini, semalam.

Beliau mendakwa dia dianiaya oleh Jaya yang bertindak sebagai orang tengah dalam kes jual beli lombong berkenaan.

Katanya, lelaki berkenaan menuduh beliau yang menyuruhny­a menceroboh dan mengambil traktor walaupun dia tidak tahu menahu langsung mengenai perkara berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, seorang ahli perniagaan rugi RM100,000 selepas mendakwa diperdaya seorang lagi ahli perniagaan lain yang bergelar Datuk.

Beliau ditawarkan lombong yang dijual pada harga RM1 juta oleh Jaya,

35, pada Disember tahun lalu sebelum membuat bayaran deposit RM50,000 melalui cek dan RM50,000 lagi tunai.

Mengulas lanjut, Chek Pang berkata, mengikut perjanjian jual beli lombong berkenaan, suspek bergelar Datuk itu berjanji jika tidak memperoleh wang deposit semula beliau boleh mengambil lori milik syarikatny­a di Kawasan Perindustr­ian Gebang, dekat sini.

“Namun saya tidak berbuat demikian. Jaya yang merancang segalanya dan menuduh saya terbabit. Saya ditahan semalaman (Selasa lalu) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Bagaimanap­un, polis memberi layanan baik sepanjang tempoh tahanan.

“Saya dibebaskan keesokan harinya selepas Datuk itu menarik balik laporan polis yang dibuat ke atas saya berkaitan penceroboh­an dan rampasan traktor berkenaan,” katanya.

Beliau turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada Selasa lalu, walaupun mereka menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapny­a.

“Ini kerana saya mahu polis meneruskan siasatan bagi kes penipuan berkenaan. Segalanya saya serahkan kepada kebijaksan­aan polis untuk menyelesai­kannya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bergelar Datuk berkenaan kerana menipu dalam urusan jual beli lombong,” katanya.

 ??  ?? FOO menunjukka­n laporan polis mengenai penipuan jual beli lombong biji besi di Jalan Beserah.
FOO menunjukka­n laporan polis mengenai penipuan jual beli lombong biji besi di Jalan Beserah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia