Harian Metro

PENYU DAH BERTAMBAH

- Kandau Sidi news@nstp.com.my

Bintulu

Projek Pemulihara­an, Alam Sekitar dan Biodiversi­ti (BEACON) yang mula dilaksanak­an di Taman Negara Similajau di sini, sejak empat tahun lalu, terbukti keberkesan­annya dalam usaha memulihara pelbagai hidupan maritim di kawasan berkenaan.

Dilaksanak­an PETRONAS melalui anak syarikatny­a, Malaysia LNG Sdn Bhd sebagai memenuhi tanggungja­wab sosial korporatny­a, inisiatif berkenaan turut berjaya meningkatk­an kehadiran penyu, khususnya membabitka­n spesies terancam seperti penyu hijau (Chelonia mydas) bertelur di pesisir pantai taman negara itu setiap tahun.

Ia turut membabitka­n usaha menempatka­n tukun bebola tiruan, khusus bagi menggalakk­an pertumbuha­n terumbu karang, sekali gus menjadi lubuk pembiakan pelbagai spesies hidupan laut, selain operasi pembersiha­n pantai.

Malah, kehadiran tukun bebola tiruan itu antara pendekatan terbaik dalam mengekang aktiviti penceroboh­an nelayan asing yang dikesan sering berlaku di perairan itu dan kawasan berhampira­n.

Jurucakap Malaysia LNG dalam satu kenyataan memaklumka­n semua telur penyu di pantai itu tidak akan dibiarkan, sebaliknya dialih ke tempat penetasan untuk memastikan ia menetas dengan baik serta tidak menjadi habuan pemangsa.

“Dengan kehadiran penyu di taman ini (sebelum ini sukar untuk dilihat), maka kita tidak lagi perlu pergi jauh, termasuk ke Pulau Talang-Talang di Sematan hanya untuk melihat penyu di situ,” katanya.

Selain Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), inisiatif berkenaan turut mendapat sokongan pelbagai pihak, khususnya badan bukan kerajaan (NGO) seperti Rakan Alam Semulajadi (Friends of Nature) Bintulu sememangny­a dikurniaka­n kekayaan kepelbagai­an sumber biodiversi­ti dengan alam sekitar serta keindahan taman negaranya yang sarat spesies flora dan fauna.

“Ini matlamatny­a Projek BEACON diperkenal­kan bagi memberi kesedaran kepada umum, khususnya generasi muda mengenai kepentinga­n usaha konservasi dilaksanak­an dengan kerjasama semua pihak, termasuk masyarakat sendiri.

“Ia juga sebagai platform bagi kumpulan pakar berkongsi pengetahua­n dan pengalaman mereka, khususnya berkaitan kaedah melindungi biodiversi­ti dalam hutan dan memastikan usaha memulihara alam sekitar terus mampan,” katanya.

Menurutnya, satu daripada tiga perkara utama pelaburan sosial korporat PETRONAS memberi keutamaan kepada alam sekitar yang perlu dipelihara untuk generasi kini dan masa depan.

“Projek BEACON sehingga kini sudah mengadakan siri keempat aktiviti pembersiha­n pantai di Taman Negara Similajau. Ia turut membabitka­n penanaman 1,500 bebola tukun tiruan di luar pantai Taman Negara Similajau, termasuk di Terumbu Karang Patricia yang terletak di lokasi 40 kilometer dari Bintulu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, bebola tukun tiruan itu sebagai tempat perlindung­an pasif dan mampu menghalang aktiviti pukat tunda berbahaya kepada penyu.

“Setiap tahun kami menghantar penyelam untuk memantau aktiviti di terumbu karang itu serta membuang serpihan sampah laut di kawasan itu, selain memantau keadaan tukun tiruan di Terumbu Karang Patricia.

“Kami berharap beberapa tahun lagi akan dapat melihat taman batu karang berkembang di kawasan itu, sekali gus menjadikan Bintulu sebagai satu

destinasi tarikan pelancong, khususnya komuniti penyelam skuba dan pakar hidupan marin, sekali gus menjana ekonomi Bintulu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, lebih banyak perlu dilakukan untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai pemulihara­an alam sekitar dengan membawa komponen kedua untuk projek BEACON iaitu Program Pemulihara­an, Pendidikan, Promosi dan Kesedaran (CEPA).

Selain Malaysia LNG, beberapa anak syarikat PETRONAS lain, termasuk Petronas Carigali dan Asean Bintulu Fertilizer (ABF) turut terbabit dalam inisiatif itu, di samping Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus

Bintulu.

Keindahan Taman Negara Similajau turut menarik tumpuan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, malah ketika melawat taman negara itu, Mac tahun lalu, baginda malah turut bertitah agar kepelbagai­an spesies flora dan faunanya sentiasa dipulihara.

Projek BEACON dilaksana PETRONAS di Taman Negara Similajau membuah hasil

 ??  ?? PETUGAS projek BEACON memeriksa peralatan yang digunakan dalam projek berkenaan.
PETUGAS projek BEACON memeriksa peralatan yang digunakan dalam projek berkenaan.
 ??  ?? TUKUN bebola tiruan, yang digunakan bagi menggalakk­an pertumbuha­n terumbu karang.
TUKUN bebola tiruan, yang digunakan bagi menggalakk­an pertumbuha­n terumbu karang.
 ??  ??
 ??  ?? SETIAP tahun penyelam dihantar untuk memantau aktiviti di terumbu karang serta membuang sampah di kawasan projek BEACON.
SETIAP tahun penyelam dihantar untuk memantau aktiviti di terumbu karang serta membuang sampah di kawasan projek BEACON.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia