Harian Metro

LABU GERGASI

- Abnor Hamizam Abd Manap news@nstp.com.my

Warga emas terkejut sayur cecah 20kg

Kediaman seorang peneroka di FELDA Pasoh Tiga di sini, menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat labu seberat kira-kira 20 kilogram yang ditanamnya dengan lebih dekat.

Yazid Shaari, 82, berkata, dia mula perasan kelainan pada labu berkenaan sejak dua minggu lalu apabila mendapati saiznya berbeza daripada kebiasaan.

Katanya, dia menanam sayur berkenaan awal Januari dan mula mengeluark­an buah pada 24 Februari lalu, namun sejak dua minggu lalu dia mendapati saiz labu itu semakin membesar dengan cepat.

“Saya mendapat anak benih daripada menantu yang diberi kenalannya yang pulang dari Arab Saudi.

“Menantu meminta saya menanam di kawasan belakang rumah namun tidak sangka ia begitu besar,” katanya, semalam.

Yazid berkata, dia tidak menggunaka­n baja kimia sebaliknya menggunaka­n baja organik dan disebabkan tumbesaran labu berlaku dengan cepat, dia menjaganya daripada menjadi sasaran serangga perosak.

“Buat masa ini saya tidak berniat menuainya kerana mahu lihat ia bertambah besar,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pejabat FELDA Pasoh Tiga, Muhammad Faiz Mohd Alwi berkata, ini kali pertama dia melihat labu sebesar itu.

Katanya, selama ini dia mengetahui labu gergasi memang wujud melalui media massa yang ada di luar negara tetapi hari ini dia melihatnya secara langsung.

“Saya yakin labu ini akan bertambah besar jika dijaga daripada ancaman serangga perosak,” katanya.

Angkat kaki dan paksa sumbat dalam kereta. Itu tindakan nekad dua lelaki yang cuba mencuri seekor lembu dipercayai berharga RM3,000 di Kampung Machang, Panching, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, keempat-empat suspek berusia 30-an menarik haiwan ternakan itu sebelum menyumbatn­ya ke bahagian tempat duduk belakang kereta Honda Civic.

Difahamkan, kejadian disedari pemilik ternakan berusia 58 tahun yang terserempa­k kereta dinaiki

 ?? FOTO: ABNOR HAMIZAM ?? LABU dianggarka­n seberat 20 kilogram yang ditanam seorang
peneroka FELDA Pasoh Tiga.
FOTO: ABNOR HAMIZAM LABU dianggarka­n seberat 20 kilogram yang ditanam seorang peneroka FELDA Pasoh Tiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia