Harian Metro

Anjur walkathon sasar kumpul dana sekolah KURANGKAN PEMBAZIRAN

- Mahani Ishak dan Julia Fiona news@nstp.com.my

Kira-kira 4,000 peserta dijangka menyertai acara walkathon bertujuan mengumpul dana bagi lapan sekolah angkat di Ipoh, Perak.

Tesco Malaysia turut meletak sasaran mengumpul dana berjumlah RM400,000 dana pada walkathon sejauh tiga kilometer (km) di Ipoh, 29 April ini.

Pengarah Perkhidmat­an Korporat Tesco Malaysia, Azliza Azmel, berkata pihaknya berbangga dapat melaksanak­an program berkenaan.

“Kita harap, program ini dapat mencapai hasrat mengumpul dana supaya lebih banyak sekolah dapat dibantu,” katanya.

Tesco Walk For Kids 2018

Program Kebun Dapur menjadi modul praktikal kepada murid Tahun Satu dan Dua di 15 Sekolah Kebangsaan (SK) bagi penanaman sayuran, tumbuhan herba dan buah-buahan sekali gus menggalakk­an generasi muda tidak membazirka­n makanan.

Ini berikutan dianggarka­n sebanyak 13,000 tan metrik makanan termasuk 3,000 tan metrik makanan yang belum disentuh, dibazirkan rakyat negara ini setiap hari iaitu menyamai keperluan kepada 2.2 juta orang.

Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Nor berkata, program dijayakan bersama Pasaraya Tesco Malaysia (TESCO) adalah usaha menerapkan amalan penanaman dalam meningkatk­an nilai menghargai makanan.

“Satu usaha mengatasi pembaziran itu adalah menukarkan sisa makanan kepada bahan berfaedah seperti baja dan memprosesn­ya menjadi makanan lain, selain perlu mendidik pengetahua­n dan amalan praktikal supaya lebih ramai orang menanam atau mempunyai kebun sendiri.

“Ini sejajar dengan usaha kerajaan meningkatk­an tahap sara diri pengeluara­n padi negara kepada 90 peratus tahun ini dan mengurangk­an kebergantu­ngan import beras dari negara luar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Program Kebun Dapur di SK Tropicana yang disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif TESCO, Paul Richie dan Guru Besar, Guok Soon Leng di sini, semalam.

Katanya, SK Tropicana adalah satu daripada 15 sekolah angkat TESCO yang dipilih menjalani Program Kebun Dapur bagi tahun ini.

Program Kebun Dapur didik murid hargai makanan, galakan berkebun dari rumah

Mengulas lanjut mengenai pengeluara­n beras yang kini mencapai 72 peratus tahap sara diri, Dr Mohd Roff berkata, negara kehilangan hasil tuai padi daripada 28.5 peratus pada 1985 kepada 7.9 peratus pada 2016.

“Ini satu kehilangan besar dan perbezaan itu boleh menampung keperluan sara diri pengeluara­n beras yang terkini 72 peratus, iaitu negara kekurangan 28 peratus lagi,” katanya.

 ??  ?? DR Mohamad Roff (tiga dari kanan) bersama Paul Ritchie (kanan) ketika Program Kebun Dapur di SK Tropicana, Petaling Jaya.
DR Mohamad Roff (tiga dari kanan) bersama Paul Ritchie (kanan) ketika Program Kebun Dapur di SK Tropicana, Petaling Jaya.
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada murid yang menyertai Program Kebun Dapur di SK Tropicana, Petaling Jaya.
SEBAHAGIAN daripada murid yang menyertai Program Kebun Dapur di SK Tropicana, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia