Harian Metro

Berang kekasih minta putus, lelaki maut disimbah cuka getah

-

Johor Bahru: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun maut akibat disimbah cuka getah ketika bergelut dengan kekasihnya berusia 50 tahun dalam kejadian di rumah kedai di Jalan Tembusu, Bandar Tiram di sini, jam 5 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian berlaku di tingkat satu rumah kedai disewa mangsa yang bekerja sebagai buruh di ladang di Ulu Tiram bersama suspek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati berlaku perselisih­an faham antara mangsa dikenali sebagai Sapi’i dan suspek yang juga warga Kemboja dengan taraf pemastauti­n tetap apabila mangsa mahu memutuskan hubungan mereka.

“Pasangan itu tinggal bersekedud­ukan selama dua tahun tanpa sebarang ikatan yang sah. Suspek dikatakan bekerja sebagai tukang urut,” katanya di sini, semalam.

Kamaluddin berkata, apabila pertengkar­an berlarutan dan semakin tegang, mangsa dikatakan mengambil cuka getah yang disimpan di dalam botol di ruang tamu dan menuangnya ke dalam bekas minuman.

Beliau berkata, mangsa kemudian berpura-pura mahu menyimbah suspek hingga mengakibat­kan pergelutan antara mereka.

Menurutnya, akibat pergelutan itu asid cuka getah berkenaan tertumpah dan terkena badan kedua-duanya.

“Selepas kejadian, suspek memberikan tuala kepada mangsa untuk lap badan, namun mangsa terbaring sebelum tidak sedarkan diri di ruang tamu,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki maut akibat terkena simbahan asid cuka getah di Jalan Tembusu, Bandar Tiram.
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki maut akibat terkena simbahan asid cuka getah di Jalan Tembusu, Bandar Tiram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia