Harian Metro

TELAN 18 PIL SEHARI

- Syaherah Mustafa news@nstp.com.my

Remaja hidap penyakit buah pinggang tahap 3 pasrah nasib diri

“Affiq tak nak mati lagi, tak nak susahkan ibu,” itulah antara rintihan Muhammad Affiq Najmiey Mohd Pauzi, 19, apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga, awal tahun ini.

Anak kedua daripada empat beradik itu terpaksa berehat di rumah dan tidak mampu bekerja kerana mudah letih selain sering diserang sakit belakang serta demam.

Dia yang sebelum ini bekerja di kedai makan di Melaka terpaksa berhenti kerja dengan hanya bergantung harap pada ibunya yang juga ibu tunggal, Husnal Izalwati Hussin, 41, yang bekerja di pasar raya berdekatan.

Muhammad Affiq mengakui mula merasai kemurungan memikirkan penyakit dihidapiny­a namun tetap reda dan tabah selepas mendapat nasihat serta dorongan ibu dan saudara mara.

“Siapa tidak sedih, dalam umur yang masih muda dan kuat saya sudah disahkan ada sakit buah pinggang. Setiap hari saya terpaksa makan 18 pil untuk memastikan antibodi dan tubuh mampu bertahan daripada rasa sakit yang sukar untuk saya gambarkan.

“Namun, saya sedar yang saya perlu kuat demi ibu dan keluarga. Saya sedih melihat ibu membanting tulang mencari rezeki untuk kami adik beradik kerana kami bukan daripada keluarga senang.

“Alhamdulil­lah, ramai yang memberikan kata-kata semangat untuk saya terus kuat. Sekarang ini saya hanya berehat di rumah dan akan mengikuti beberapa rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedap, di sini, semalam.

Muhammad Affiq mula menyedari penyakitny­a selepas mengalami bengkak di bahagian kaki dan keseluruha­n badan selama sebulan sehingga berat badannya daripada 43 kilogram (kg) naik mendadak ke 74 kg ketika itu.

Sementara itu, Husnal berkata, dia hanya mampu berdoa semoga anak keduanya itu sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.

Katanya, Affiq menjadi sedikit pendiam selain sering meluahkan rasa takut dengan penyakit yang dihidapiny­a.

“Sekarang ini biarlah saya saja yang bekerja untuk menyara kami sekeluarga kerana sayalah ibu sayalah bapa untuk anak-anak. Tapi, Alhamdulil­lah, anak sulung saya, Mohd Alief Najmiey, 20, baru saja memulakan kerja di sebuah ladang di Pahang.

“Saya bekerja di pasar raya dengan gaji RM1,000 dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan. Jumlah itu secara jujurnya tidak mencukupi untuk membesarka­n anak-anak termasuk membayar bil rawatan Affiq,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Affiq bersama ibunya, Husnal Izalwati melihat ubat yang perlu dimakan untuk mengubati sakitnya di Kampung Kedap.
MUHAMMAD Affiq bersama ibunya, Husnal Izalwati melihat ubat yang perlu dimakan untuk mengubati sakitnya di Kampung Kedap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia