Harian Metro

Lelaki parah terkena letupan jerat haiwan

-

Belaga: Seorang pemburu berkemungk­inan kehilangan tangan kiri selepas terkena letupan perangkap haiwan buatan sendiri yang meletup di sebuah pondok di ladang sawit berhampira­n Skim Penempatan Semula Sungai Asap, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 50-an sedang membaiki perangkap haiwan berkenaan sebelum peralatan itu yang dipercayai mengandung­i bahan letupan, tiba-tiba meletup.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga Asisten Superinten­dan Mohd Sani Junid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpa­sti punca sebenar insiden itu.

“Difahamkan, mangsa turut mengalami kecederaan teruk pada tangan kanan, selain kaki dan beberapa bahagian badan disebabkan impak letupan.

“Mangsa yang parah dikejarkan Klinik Kesihatan Sungai Asap sebelum dipindahka­n ke Hospital Bintulu untuk mendapatka­n rawatan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, belum ada laporan polis dibuat berhubung insiden itu namun terdapat rekod lelaki berkenaan mendapatka­n rawatan awal di Klinik Kesihatan Sungai Asap sebelum dikejarkan ke Hospital Bintulu.

“Kami menasihatk­an pekebun atau pemburu di Sungai Asap dan kawasan sekitar supaya tidak menghasilk­an apa saja bahan letupan bagi tujuan pemburuan termasuk memerangka­p haiwan liar kerana ia boleh mengancam keselamata­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia