Harian Metro

RELA DIKRITIK

- Audrey Dermawan audreymd@nstp.com.my

Anggota polis bantuan selamat wanita terjun jambatan pertahan tindakan

“Saya tidak kisah dan menerima kritikan netizen dengan hati terbuka.” Demikian luahan Konstabel Zaidi Salleh, 52, yang nekad menyelamat­kan wanita berusia 28 tahun yang terjun di Kilometer 9.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Rabu lalu.

Zaidi yang berkhidmat sebagai anggota polis bantuan Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) tidak melayan semua kritikan terbabit kerana perkara paling penting menyelamat­kan nyawa wanita itu.

“Saya ingin tahu bagaimana netizen yang mengkritik itu membantu menyelamat­kan wanita berkenaan jika mereka berada di tempat saya.

“Saya ingin belajar daripada mereka kerana mungkin mereka mempunyai ilmu jauh lebih hebat berbanding saya. Saya ini cuma lelaki biasa,” katanya.

Terdahulu, Zaidi bersama dua lagi rakannya yang turut menyertai misi menyelamat berkenaan, diraikan dalam sebuah majlis anjuran Majlis Keselamata­n Negara (MKN), di sini.

Pada majlis itu, Zaidi bersama Konstabel Mohd Fitri Abu Hasan dan Konstabel Megat Taufik Megat Kamaruddin masing-masing menerima sijil penghargaa­n dan sumbangan wang tunai daripada MKN.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Pulau Pinang (MTPPP) Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan.

Video detik cemas yang memaparkan Zaidi sedang menyelamat­kan wanita berkenaan tular di laman sosial sejak Rabu lalu, namun ia turut mengundang kritikan netizen yang mendakwa Zaidi tidak mengikut prosedur menyelamat dengan betul.

Zaidi bekas komando di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, kejayaanny­a menyelamat­kan wanita itu hasil latihannya sewaktu berkhidmat sebagai anggota tentera 20 tahun.

 ??  ?? DARI kiri Mohd Fitri, Zaidi dan Megat Taufik menunjukka­n sijil penghargaa­n khas yang diterima.
DARI kiri Mohd Fitri, Zaidi dan Megat Taufik menunjukka­n sijil penghargaa­n khas yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia