Harian Metro

Anggota bomba ditemui selamat

-

Seorang anggota bomba yang dilaporkan hilang di laut di sempadan Malaysia-Thailand selepas keluar memancing pagi kelmarin ditemui selamat, semalam.

Mangsa, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Muhammad Ramzi Wan Ibrahim, 37, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor ditemui selamat oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, pada jam 10.50 pagi.

Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mangsa ditemui 17 batu nautika dari Pengkalan Kubor.

Katanya, sebaik menerima laporan jam

10.30 malam kelmarin pihaknya mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Nurul Nizam berkata, siasatan awal mendapati bot dinaiki mangsa mengalami kerosakan enjin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia