Harian Metro

PERKASA MyAQSA

- Nur Syazwana Mansor cnews@nstp.com.my

Umat Islam di negara ini boleh mendapatka­n maklumat terkini mengenai Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqd­is melalui aplikasi mudah alih MyAQSA.

Pelancaran aplikasi itu disempurna­kan Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin Sheikh Dr E‘krimah Sa’eed Sabri sempena Program Solidariti Jerai Bersama Al-Aqsa di Masjid Jamek Badlishah di sini, kelmarin.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Yayasan Murni Aqidah Malaysia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa (MyAqsa) Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, aplikasi berkenaan sudah boleh dimuat turun oleh pengguna Android di

Beliau berkata, melalui aplikasi itu, pengguna boleh menyalurka­n sumbangan untuk Masjid Al-Aqsa secara dalam talian dengan lebih mudah dan pantas.

“Insya-Allah, ia akan jadi satu platform untuk kita melancarka­n program sokongan Al-Aqsa dan perkembang­an (maklumat terkini Al-Aqsa) akan ada dalam aplikasi ini.

“Kita juga berhasrat untuk menghubung­kan rakyat Malaysia dengan Baitulmaqd­is secara lebih mudah,” katanya selepas pelancaran aplikasi berkenaan semalam.

Rakyat boleh terus salur bantuan kepada

Palestin hanya menerusi aplikasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia