Harian Metro

Tak sangka dapat rumah sendiri

-

Kulim: Penerima Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Kampung Baru Sungai Kob di sini, tidak pernah terbayang mampu memiliki kediaman sendiri tanpa bantuan kerajaan.

Penerima, Mohd Fauzi Mustaffa, 39, berkata, dengan pendapatan­nya yang hanya bekerja sendiri tidak mungkin dia mampu membeli rumah yang mencecah ratusan ribu ringgit.

“Saya memang ingin memiliki rumah sendiri tetapi dengan kewangan terhad, saya tidak mampu membeli rumah. Tapi dengan bantuan kerajaan melalui RMR1M, impian itu menjadi kenyataan,” katanya yang ditemui pada majlis penyampaia­n kunci RMR1M di Kampung Baru Sungai Kob, di sini, semalam.

Mohd Fauzi antara lima penerima rumah RMR1M di Parlimen Padang Serai yang menerima kunci kediaman disampaika­n Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib yang juga Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Turut hadir, Pengerusi SPNB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali.

Mohd Fauzi berkata, sebelum ini dia terpaksa menumpang di rumah bapa bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

“Kini kami sekeluarga dapat berdikari tanpa perlu menumpang dengan bapa. Rumah yang dibina oleh SPNB ini sangat selesa dan cantik, mempunyai tiga bilik serta dua bilik air seperti rumah taman yang bernilai ratusan ribu ringgit,” katanya.

 ??  ?? ASMADI (tiga dari kiri) menyerahka­n replika kunci rumah kepada Mohd Fauzi pada majlis penyerahan kunci RMR1M, semalam.
ASMADI (tiga dari kiri) menyerahka­n replika kunci rumah kepada Mohd Fauzi pada majlis penyerahan kunci RMR1M, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia