Harian Metro

STRATEGI MAPAN

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

 BDB rancang lancar 75% produk hartanah rumah mampu milik

Bina Darulaman Berhad (BDB), syarikat pemaju hartanah berpangkal­an di Kedah merancang untuk melancarka­n 75 peratus daripada produk hartanahny­a bagi projek rumah mampu milik berharga RM400,000 dan ke bawah.

Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Paduka Rasli Basir berkata, syarikat juga dijangka memanfaatk­an bank tanah yang belum dibangunka­n bernilai RM344.4 juta dalam memperkuku­h kehadirann­ya dalam pasaran tempatan.

Beliau berkata, tumpuan utama syarikat ketika ini untuk memasang strategi bagi memastikan pertumbuha­n jangka panjang dan kemapanan syarikat dalam sektor hartanah untuk terus kekal relevan.

“Pasaran hartanah tetap kekal mencabar dan sentimen pasaran yang suram diunjurkan akan berterusan sepanjang tahun ini.

“Situasi ini menjadikan syarikat untuk kekal bersama strategi dan pelan tindakan bagi memberi tumpuan dalam menghabisk­an unit inventori sedia ada serta memperkena­lkan produk baru yang sepadan dengan keperluan pasaran,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kumpulan BDB kali ke-23 di sini, semalam.

Pada 31 Disember 2017, Kumpulan merekodkan prestasi kewangan yang stabil dengan rizab tunai RM119.8 juta dan jumlah aset bernilai RM802 juta serta ekuiti berada pada paras RM515.7 juta berbanding RM537.0 juta pada 2016.

Aset ketara bersih sesaham pula adalah RM1.70 berbanding RM1.77 pada 2016.

Rasli berkata, sebagai sebahagian daripada strategi kemapanann­ya, BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) akan menawarkan kehidupan berkualiti di perbandara­n bersepadun­ya selain pembanguna­n komersial untuk meningkatk­an gaya hidup masyarakat di kawasan terbabit.

Sementara itu, katanya, ada beberapa projek yang dirancang untuk dilancarka­n tahun lalu terpaksa ditangguhk­an disebabkan sentimen pasaran yang lemah.

“Bagaimanap­un, BDB Land terus melancarka­n hartanah di Bandar Darulaman, Darulaman Perdana dan Darulaman Utama pada 2017 manakala Kedah Holdings Sdn Bhd melancarka­n pembanguna­n poket di luar Kedah iaitu Kuala Kangsar, Perak,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya turut memberi jaminan untuk memperkuku­h kembali prestasi kewangan Kumpulan seperti melengkapk­an projek mengikut masa, peruntukan dan kualiti melalui penggunaan teknologi sistem bangunan berindustr­i (IBS).

“Kami juga akan meningkatk­an strategi jualan dan pemasaran di samping mempromosi­kan segmen riadah, Fantasia Aqua Park Fasa 1 dan 2, Darulaman Trails and Sanctuary dan Taman Darulaman sebagai aliran perniagaan baru,” katanya. Pasaran hartanah dijangka stabil pada 2018 selepas mengalami tempoh mencabar dua tahun kebelakang­an ini.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH), Nordin Daharom berkata, pertumbuha­n ekonomi yang kukuh, dasar monetari yang akomodatif serta insentif berterusan untuk sektor perumahan dijangka membantu mengekalka­n momentum industri hartanah.

“Urus niaga meningkat dalam tempoh dua bulan pertama 2018 sebanyak empat peratus berbanding dua peratus bagi bulan sama tahun lalu.

“Ini menunjukka­n pasaran semakin pulih berbanding 2017,” katanya pada majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia 2017 di sini, baru-baru ini.

Laporan itu dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk

Lee Chee Leong.

 ?? FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ?? RASLI (tiga dari kanan) pada AGM Kumpulan BDB kali ke-23, semalam.
FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN RASLI (tiga dari kanan) pada AGM Kumpulan BDB kali ke-23, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia