Harian Metro

AIIB sedia pinjaman pelaburan

-

Asian Infrastruc­ture Investment Bank (AIIB) berminat menyediaka­n pinjaman bagi pelaburan infrastruk­tur di negara ini terutama bagi projek berstatus mega termasuk Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Setiausaha Kedua Pejabat Kaunselor Ekonomi & Komersial Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Dr Fang Tao berkata, bank pembanguna­n multilater­al yang berpangkal­an di Beijing itu sudah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di ibu negara, baru-baru ini dan menzahirka­n hasrat itu.

“Saya percaya Presiden AIIB, Jin Liqun sudah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib beberapa minggu lalu dan mereka bercakap mengenai hal ini,” katanya pada sidang media sempena Seminar Rantaian Bekalan Persekutua­n Pekilang-Pekilang

Malaysia (FMM).

Hadir sama, Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia