Harian Metro

SP Setia perkenal skim rumah sewa secara digital

-

Kuala Lumpur: SP Setia Berhad (SP Setia), pemaju perbandara­n Setia EcoHill mengumumka­n program Houzkey menerima sambutan baik pada pratonton eksklusif yang diadakan di Setia EcoHill Semenyih, baru-baru ini.

Houzkey adalah skim rumah sewa pertama yang diperkenal­kan secara digital untuk membolehka­n pembeli memiliki rumah pada harga pembelian dengan kelulusan pembiayaan segera.

Pengurus Besar Setia EcoHill, Koh Sooi Meng berkata, lebih 200 pembeli rumah tampil untuk mendapatka­n penerangan dan menyerahka­n permohonan mereka dalam tempoh dua jam untuk lima projek yang ditawarkan di bawah skim itu di Setia EcoHill dan Setia EcoHill 2 seperti koleksi Grandlis, Floris, Gloris, Banyas and Clarus.

Menurutnya, pratonton eksklusif itu dianjurkan bagi memperkena­lkan penyelesai­an Houzkey kepada bakal pembeli rumah dan melancarka­n program itu secara rasmi untuk mendidik pembeli, pelabur dan individu yang menaik taraf rumah mengenai pilihan inovatif

yang boleh didapati bagi menyokong pembelian rumah mereka.

“Kami menjangkak­an maklum balas positif daripada masyarakat di kawasan sekitar kerana terdapat insentif khas yang menawarkan individu yang mendaftar termasuk skim sewa rendah bagi tempoh sewaan tiga tahun pertama, pembayaran mudah sifar peratus bagi deposit sewaan tiga bulan pertama dan keahlian rumah kelab percuma selama setahun di Kelab 360 yang baru dibuka dan terletak di perbandara­n Setia Ecohill,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, skim Houzkey di Setia EcoHill itu membolehka­n pembeli rumah memulakan tawaran

bermula serendah RM1,000 dengan pilihan untuk berpindah ke pinjaman pembelian selepas tempoh sewa selama 12 bulan.

“Sambutan baik yang diterima membuatkan kami mengambil keputusan untuk melanjutka­n kempen ini untuk tempoh sebulan lagi bagi pelanggan yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program pemilikan rumah alternatif ini,” katanya.

Setia EcoHill menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi dan kemudahan moden termasuk EcoHill Park, Sekolah Antarabang­sa Tenby dan kawasan komersial EcoHill Taipan di mana ia menunjukka­n komitmen SP Setia ke arah mewujudkan sebuah bandar yang mapan untuk komuniti Semenyih.

Terdapat pelbagai pembanguna­n dijalankan di Setia

EcoHill termasuk EcoHill Walk iaitu pembanguna­n bercampur bersepadu di Koridor Kajang-Semenyih dan Barras iaitu Siri Starter Homes pertama di Setia EcoHill 2 membabitka­n pembinaan 114 unit rumah dan akan dilancarka­n pada pertengaha­n tahun ini.

 ?? Koh Sooi Meng ?? Skim Houzkey di Setia EcoHill itu membolehka­n pembeli rumah memulakan tawaran Rent-To-Own bermula serendah RM1,000”
Koh Sooi Meng Skim Houzkey di Setia EcoHill itu membolehka­n pembeli rumah memulakan tawaran Rent-To-Own bermula serendah RM1,000”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia