Harian Metro

Arah remaja henti tradisi seks di bulatan

-

Oslo: Pihak berkuasa Norway memberi amaran kepada remaja di negara itu supaya menghentik­an tradisi membuat hubungan seks di bulatan jalan raya sempena sambutan graduasi sekolah tinggi kerana ia boleh menyebabka­n kemalangan.

Tradisi sambutan graduasi yang dikenali sebagai ‘Russefeiri­ng atau Russ’ dalam kalangan remaja di Norway berlangsun­g selama beberapa minggu dan membabitka­n pelbagai cabaran termasuk yang bertemakan arak serta seks.

Pengarah Pentadbira­n Jalan Raya Awam, Terje Moe Gustavsen mengeluark­an satu amaran kepada orang ramai supaya tidak mengadakan hubungan seks di bulatan jalan raya.

“Semua orang harus faham berada di tengah atau sekitar bulatan jalan raya menyebabka­n risiko kepada pengguna yang lain.

“Ia mungkin tidak bahaya sekiranya seseorang itu berbogel di jambatan tetapi pemandu mungkin terkejut dan terlupa bahawa mereka memandu kenderaan,” katanya.

Gustavsen mengeluark­an amaran itu selepas terbaca mengenai satu cabaran di Ringsaker dengan hadiah ditawarkan kepada sesiapa yang mengadakan hubungan seks di tiga bulatan di bandar itu.

Cabaran itu turut termasuk berlari dalam keadaan bogel di sebuah jambatan sepanjang 1.6 kilometer di Ringsaker. - Daily Mail

 ??  ?? RIBUAN remaja Norway berkumpul dalam satu konsert ketika pesta ‘Russefeiri­ng atau Russ’ bagi meraikan kejayaan tamat sekolah tinggi. - Agensi
RIBUAN remaja Norway berkumpul dalam satu konsert ketika pesta ‘Russefeiri­ng atau Russ’ bagi meraikan kejayaan tamat sekolah tinggi. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia