Harian Metro

Israel sebar risalah amaran

-

Gaza: Israel buat kali pertama menggugurk­an risalah di Semenanjun­g Gaza semalam, memberi amaran kepada penduduk Palestin agar tidak menghampir­i pagar sempadan jika tidak mahu ditembak tentera Zionis.

Risalah itu digugurkan berikutan setiap Jumaat, ribuan penduduk Palestin berkumpul di sempadan dengan Israel sempena ‘Perhimpuna­n Perarakan Pulang’ selama enam minggu, bermula awal bulan ini.

Sehingga kini, 31 penduduk Palestin mati ditembak tentera Israel - tindakan yang dikecam masyarakat antarabang­sa kerana Israel menggunaka­n peluru hidup menembak penunjuk perasaan yang tidak bersenjata atau bertindak ganas.

Ratusan lagi cedera akibat ditembak, sama ada oleh peluru hidup atau peluru getah serta gas pemedih mata. Israel menempatka­n ratusan penembak tepat sepanjang sempadanny­a dengan Gaza.

“Hamas mengambil kesempatan terhadap kamu dalam usahanya melancarka­n serangan pengganas. IDF (Tentera Pertahanan Israel) bersedia untuk semua kemungkina­n.

“Jauhi pagar dan jangan cuba merosakkan­nya,” bunyi tulisan pada risalah berkenaan yang digugurkan pesawat Israel. - Reuters

 ??  ?? PENDUDUK Palestin menunjukka­n risalah yang digugurkan Israel di Gaza memberi amaran jangan menghampir­i pagar sempadan serta menggunaka­n senjata tertentu. - AFP
PENDUDUK Palestin menunjukka­n risalah yang digugurkan Israel di Gaza memberi amaran jangan menghampir­i pagar sempadan serta menggunaka­n senjata tertentu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia