Harian Metro

SEBAT PASANGAN, PEKERJA SEKS

 Hukuman sebat masih dikenakan di khalayak ramai sehingga peraturan jadi rasmi

-

Beberapa pasangan kekasih dan pesalah didakwa pekerja seks dihukum sebat di khalayak ramai di Aceh, kemungkina­n antara kumpulan terakhir dikenakan hukuman seperti itu susulan pengumuman pemimpin wilayah itu minggu lalu bahawa ia hanya akan dilaksanak­an secara tertutup.

Lebih 1,000 orang termasuk puluhan pelancong dari Malaysia dilaporkan menyaksika­n hukuman dilaksanak­an terhadap kumpulan terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita, malah termasuk pelajar kolej di luar sebuah masjid di ibu negeri, Banda Aceh.

Mereka didapati bersalah atas pelbagai kesalahan syariah termasuk berkelakua­n tidak senonoh di khalayak ramai atau menawarkan perkhidmat­an seks dalam talian, kata pegawai.

Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh Zainal Arifin berkata, pelaksanaa­n hukuman di khalayak ramai terbaru itu bukan disebabkan berdegil ‘melawan’ peraturan baru supaya ia dijalankan secara tertutup.

“Peraturan itu belum berkuat kuasa dan penjara belum bersedia melaksanak­annya, disebabkan itu ia masih dilaksanak­an di khalayak ramai.

“Sehingga peraturan baru secara rasmi diguna pakai kami akan meneruskan amalan sedia ada,” katanya.

Aceh satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanak­an hukuman syariah dengan sebat menjadi kaedah lazim untuk pelbagai kesalahan termasuk berjudi, minum arak dan seks luar tabii.

Minggu lalu, Gabenor wilayah itu, Irwandi Yusuf, mengumumka­n peraturan mengubah pelaksanaa­n hukuman itu selain berkata, kanak-kanak tidak dibenarkan lagi menyaksika­n hukuman berat. Bagaimanap­un, dia tidak menyatakan bila ia akan dilakukan.

Peraturan baru itu diprotes kumpulan konservati­f yang menganggap hukuman itu di khalayak ramai mampu menjadi pengajaran seterusnya mengekang jenayah.

Peraturan itu belum berkuat kuasa dan penjara belum bersedia melaksanak­annya, disebabkan itu ia masih dilaksanak­an di khalayak ramai”

Zainal Arifin

 ??  ?? SEORANG wanita dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di Banda
Aceh, Indonesia. - Agensi
SEORANG wanita dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di Banda Aceh, Indonesia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia