Harian Metro

Syria dibekal peluru berpandu moden

-

Moscow: Serangan terhadap Syria oleh Amerika Syarikat dan sekutunya minggu lalu, menolak semua tanggungja­wab moral Russia untuk tidak membekalka­n sistem pertahanan udara termodenny­a, S-300 kepada regim Presiden Bashar-al Assad.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata sebelum serangan Amerika dan sekutunya minggu lalu, Russia sudah memberitah­u Amerika kawasan yang dianggap garisan merah yang tidak boleh dilanggar dilepasi tentera Amerika.

“Kini, kami tiada lagi tanggungja­wab moral seperti yang kami pertahanka­n sejak 10 tahun lalu,” katanya yang dipetik agensi berita Russia, RIA.

Menurutnya, beliau sudah meyakinkan Presiden Russia Vladimir Putin dan Presiden Amerika, Donald Trump, agar tidak berlaku pertembung­an senjata antara kedua-dua negara.

Sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300, antara yang termoden selepas S-400 akan meningkatk­an kemampuan Russia dan Syria mengawal ruang udara negara itu.

Sistem pertahanan udara dimiliki Syria sekarang keluaran era Soviet Union yang sudah berusia 30 tahun, tidak mampu menangkis serangan peluru berpandu pintar.

Minggu lalu, Amerika, Britain dan Perancis membedil 105 peluru berpandu menggunaka­n pesawat, kapal perang dan kapal selam terhadap tiga sasaran utama di Syria. - Reuters

 ??  ?? RUSSIA akan membekalka­n peluru berpandu sistem pertahanan udara S-300 kepada Syria. - Agensi
RUSSIA akan membekalka­n peluru berpandu sistem pertahanan udara S-300 kepada Syria. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia