Harian Metro

Natalie Portman tolak anugerah jutaan ringgit

-

Pelakon Natalie Portman enggan menghadiri majlis di Israel bagi menerima hadiah bernilai jutaan ringgit berikutan perkembang­an terbaru di negara Zionis itu.

Berikutan itu, penganjur menyatakan majlis penyampaia­n hadiah itu dibatalkan.

Israel menjadi kritikan antarabang­sa, termasuk Eropah dengan tindakan ganasnya menangani tunjuk perasaan penduduk Palestin di sempadanny­a dengan Gaza, menyebabka­n 31 penduduk Palestin maut ditembak dan ratusan lagi cedera,

Dalam kenyataan di laman web, yayasan yang menganuger­ahkan Genesis Prize menyatakan wakil Natalie berkata: “Perkembang­an terbaru di Israel amat mengganggu beliau (Natalie) dan berasa tidak selesa untuk menyertai sebarang majlis awam di Israel.”

Natalie dilahirkan di Baitulmaqd­is sebelum berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun.

Yayasan itu menyatakan pihaknya ‘mengkagumi aspek kemanusiaa­n pelakon itu dan menghormat­i keputusan Natalie yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Israel namun kesal dengan keengganan­nya menghadiri majlis itu kerana sebab politik.

Genesis Prize dianugerah­kan sejak 2014 kepada mereka yang cemerlang dalam lapangan masing-masing hingga ‘memberi inspirasi melalui dedikasi kepada masyarakat dan nilai-nilai Yahudi’.

Antara yang pernah menerima anugerah itu ialah bekas Datuk Bandar New York Michael Bloomberg, pengukir Anish Kapoor, pemain biola Itzhak Perlman dan pelakon Hollywood

Michael Douglas yang semuanya mendermaka­n wang kemenangan itu kepada kebajikan. Reuters

 ??  ?? NATALIE
NATALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia