Harian Metro

PENUH AKSI, BUKAN ‘MENARI’

- Sukhairi Thani dan Mohd Fitrie Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Pertembung­an Pacman, The Machine bakal imbau kembali pertarunga­n antara Muhammad Ali, Bugner

Juara dunia lapan kategori, Manny Pacquiao dan juara bertahan welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia (WBA) Lucas Matthysse menjanjika­n aksi menarik apabila kedua-duanya bertarung di Arena Axiata, Bukit Jalil, 15 Julai depan.

Pertembung­an dua petinju terkemuka itu secara tidak langsung mengimbau kembali aksi pertarunga­n legenda tinju dunia, Muhammad Ali menentang juara Eropah, Joe Bugner di Stadium Merdeka pada Julai 1975.

Kali terakhir Pacquiao atau digelar Pacman memasuki gelanggang ketika dirinya terlepas gelaran welterweig­ht WBO di tangan petinju Australia, Jeff Horn, kira-kira setahun lalu selepas tewas dalam pertembung­an bersejarah kepada Floyd Mayweather pada 2015.

“Seperti saya katakan, pertarunga­n ini bakal mempunyai lebih banyak aksi di gelanggang kerana kita tahu Matthysse terkenal dengan corak agresif,” kata Pacquiao, 39, dalam satu sidang media khas mengenai pertarunga­n itu, di sini, semalam.

“Saya yakin itu yang akan membezakan pertarunga­n ini dengan yang pernah kami sertai sebelum ini.

“Ia tidak akan seperti ‘berlari-lari’ atau ‘menari-nari’ dalam gelanggang. Pertarunga­n ini adalah tinju sebenar dan lebih banyak tumbukan dan bukan ‘berlari-lari’ dalam gelanggang.”

Di atas kertas, Pacquiao yang juga senator di negaranya di Filipina mempunyai kelebihan berbanding Matthysse dengan dia mempunyai 59 rekod kemenangan dengan 38 pukulan KO manakala pesaingnya dari Argentina itu memiliki rekod 39 kemenangan dengan 36 pukulan KO.

Biarpun begitu, Matthysse, 35, berkata dia perlu bersiap sedia untuk mengharung­i pertarunga­n yang dinanti-nantikan itu.

“Saya mempunyai tumbukan yang padu. Itu adalah (sumber) keyakinan saya tetapi apa yang penting ketika ini keadaan (daripada sudut fizikal dan mental) saya sendiri.

“Cara saya berlatih di gimnasium juga akan memberikan keyakinan untuk memenangi pertarunga­n ini,” kata Matthysse atau dikenali sebagai The Machine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia