Harian Metro

MGA sedia lepas hak penganjura­n Terbuka Malaysia

-

Shah Alam: Persatuan Golf Malaysia (MGA) bersedia melepaskan hak penganjura­n Kejohanan Terbuka Malaysia bagi diuruskan oleh badan profesiona­l seperti Persatuan Profesiona­l Golf Malaysia (PGM).

Presiden MGA, Tan Sri Anwar Mohd Nor berkata, selepas berusaha hampir setahun untuk mencari penaja utama bagi menganjurk­an kejohanan itu, pihaknya akhirnya mengangkat bendera putih dan menerima kenyataan bahawa kejohanan itu mungkin akan berkubur.

Menurutnya, beliau hampir berputus asa apabila sehingga kini tiada pihak yang sudi tampil sebagai penaja utama selepas Maybank menarik diri pada 2015.

Beliau yang ditemui pada sidang media Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS) berkata, sekiranya sehingga Jun depan tiada pihak menawarkan diri bermakna Terbuka Malaysia bakal terkubur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia