Harian Metro

ELLY KINI ‘PANTAS’ BERCELOTEH

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

 Bekas pelumba Cub Prix menyahut cabaran sebagai pengacara, jadi hos siaran

secara dalam talian, TVTW

Nama Elly Idzlianiza­r Ilias bukan asing dalam arena sukan permotoran tempatan. Sebelum adanya nama seperti Adam Norrodin, Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin Abdullah yang kini beraksi di saingan MotoGP, Elly antara produk paling berbakat pernah dilahirkan menerusi kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Jika anda masih ingat, dia antara senarai dua pelumba terakhir daripada kalangan 16 pelumba yang terpilih untuk beraksi menerusi tiket wild card dalam kategori 125cc pada 2009.

Seorang lagi adalah Zulfahmi Khairuddin yang kini masih beraksi dalam saingan Moto2. Hampir 10 tahun berlalu, sebagaiman­a pantasnya Elly di atas litar, begitulah ‘pantasnya’ celoteh mulutnya kini apabila mengambil cabaran sebagai pengacara pula.

Kini Elly menjadi hos untuk TVTW, sebuah siaran secara dalam talian khusus untuk saingan Cub

Prix. Menceritak­an bagaimana boleh terbabit dengan dunia pengacaraa­n,

Elly berkata, segala-galanya kerana minat dalam sukan permotoran.

“Pada mulanya saya hanya ingin mencuba saja. Ia bermula pada awal tahun lalu. Selepas itu saya mula rasa seronok pula dan mengambil keputusan untuk cuba mendalami bidang pengacaraa­n pula.

“Untuk tahun ini, saya ambil keputusan untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam bidang pengacaraa­n dengan terbabit di semua pusingan Cub Prix,” katanya yang beraksi kali terakhir disaingan Cub

Prix tahun lalu.

Jelas Elly, sememangny­a agak sukar untuk menyesuaik­an diri sebagai pengacara berbanding ketika berlumba di atas litar.

“Saya banyak belajar sendiri dengan melihat Youtube bagaimana cara pengacara berpengala­man mengendali­kan satu-satu program. Selain itu, saya juga banyak menimba ilmu dengan rakan-rakan di RTM ketika dijemput untuk menjadi pengulas” katanya.

Elly tidak menolak untuk lebih serius terbabit dalam bidang pengacaraa­n selepas ini.

“Jika ada peluang lebih baik, sudah pasti saya mahu lebih serius dalam bidang ini. Apapun banyak yang perlu saya pelajari, lagi,” katanya.

 ??  ?? AKSI Elly (kanan) mengulas kejuaraan Cub Prix bersama rakan setugas. AKSI Elly (kiri) sewaktu menyertai Cub Prix 10 tahun lalu.
AKSI Elly (kanan) mengulas kejuaraan Cub Prix bersama rakan setugas. AKSI Elly (kiri) sewaktu menyertai Cub Prix 10 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia