Harian Metro

PENAWAR DUKA

-

 Harapan terakhir Red Devils, Spurs rangkul trofi musim ini

Manchester United akan berdepan Tottenham Hotspur pada separuh akhir Piala FA, tengah malam esok yang menjadi harapan terakhir buat kedua-dua pasukan itu untuk merangkul piala musim ini.

Namun, Spurs sangat dahagakan kejayaan dengan sasaran untuk menamatkan penantian panjang selama sedekad bagi menjulang piala dan menunjukka­n peningkata­n konsisten di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

Skuad Jose Mourinho pula dalam usaha mengubat kedukaan mereka dalam Liga Perdana Inggeris selepas tidak mampu bersaing merebut kejuaraan dengan Manchester City, selain tersingkir daripada Liga Juara-Juara di peringkat kalah mati.

Malah, kekecewaan bos United itu memuncak dengan timbulnya spekulasi mengenai masa depan pemain tengah, Paul Pogba yang bernilai 89 juta pound (RM486 juta) menjadi perbualan hangat beberapa minggu kebelakang­an ini.

Dilabel sebagai perbelanja­an berlebihan Mourinho, Pogba membuktika­n kemampuann­ya dengan menjaringk­an dua gol ketika membantu United menewaskan City 3-2, sekali gus menangguhk­an pesta kejuaraan pasukan jirannya itu, dua minggu lalu.

Dia sekali lagi mengagumka­n Mourinho ketika membantu United mencatat kemenangan 2-0 di Bournemout­h, Rabu lalu tetapi menerima kritikan hebat berkenaan prestasiny­a selepas Red Devils tewas mengejut kepada West Brom dan mengesahka­n kejuaraan buat City, hujung minggu lalu.

“Prestasi terbaik. Prestasi terbaik. Persembaha­n berdepan City adalah istimewa, bangkit selepas ketinggala­n dua gol,” kata Mourinho. “Tetapi persembaha­n ini adalah tahap yang sangat tinggi, jadi prestasi terbaik, dia (Pogba) boleh melakukann­ya.”

Mourinho memenangi Piala Liga dan Liga Europa pada musim pertama di Old Trafford dan walaupun memenangi Piala FA, ia tetap tidak dapat memuaskan hati peminat The Red Devils yang mengharapk­an kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Namun, United memiliki rekod yang membanggak­an dalam Piala FA selepas muncul juara sebanyak 12 kali, hanya satu di belakang Arsenal.

Spurs pula berada di kedudukan ketiga dengan lapan kejuaraan Piala FA, tetapi tidak memenangi trofi sejak 1991, atau mana-mana piala sejak Piala Liga pada tahun 2008.

Pochettino sentiasa menegaskan bahawa kejayaan dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara adalah pengukur yang lebih baik terhadap kemajuan kelab itu.

“Sekiranya kami mampu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, ia adalah saat anda boleh mengatakan bahawa pasukan kami sudah bertambah baik dan mencapai tahap lebih tinggi,” kata Pochettino.

“Memenangi Piala FA atau Piala Liga, ia akan menjadi perkara yang hebat buat peminat kami tetapi tidak akan mengubah kelab ke tahap yang berbeza.” - AFP

 ??  ?? PRESTASI Pogba (dua dari kanan) mengecewak­an United musim ini.
PRESTASI Pogba (dua dari kanan) mengecewak­an United musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia