Harian Metro

Barca buru trofi ke-30

-

Madrid: Barcelona dan Sevilla akan menentukan kejayaan musim masing-masing apabila turun berentap pada final Copa del Rey, awal pagi esok.

Piala itu menjadi keutamaan ketiga dalam senarai Barca pada bulan lalu tetapi selepas kekalahan kepada Roma di suku akhir Liga Juara-Juara, ia menghancur­kan harapan mereka untuk menamatkan kempen musim ini dengan cemerlang.

Rekod tanpa kalah dan hampir memenangi kejuaraan La Liga serta memenangi dua kejuaraan domestik sekalipun, Barca tidak mungkin dapat mengubati kekecewaan kalah kepada Roma terutama jika musuh tradisi, Real Madrid dimahkotak­an juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut.

“Saya hidup dengan sedikit bimbang,” kata pemain tengah Barca, Philippe Coutinho “Tetapi ia saat paling penting dan sangat gembira, dapat bermain dalam final selepas hanya dua atau tiga bulan tiba di sini.”

Bagaimanap­un, Barca yang juga juara bertahan akan turun memburu gelaran ke-30 Copa del Rey yang

(gambar).

berlangsun­g buat pertama kali di Stadium Wanda Metropolit­ano, sementara Sevilla memburu kejuaraan keenam dan kali pertama sejak 2010.

Sejak Vincenzo Montella mengambil alih Sevilla Disember lalu, mereka pernah dua kali menewaskan Atletico Madrid, selain menewaskan Manchester United serta seri menentang Bayern Munich dan Barcelona.

Mereka hanya bolos lima gol di laman sendiri kepada Real Betis dan tewas kepada Alaves, Eibar dan Leganes. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia