Harian Metro

TAK MUNGKIN SENASIB BARCA

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Irfan pilih Perak, Selangor isi slot separuh akhir

selepas miliki kelebihan gol tempat lawan

Perak dan Selangor menjadi pilihan jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim untuk melengkapk­an slot separuh akhir Piala FA apabila baki dua lagi perlawanan kedua suku akhir berlangsun­g malam ini.

Memiliki modal satu jaringan di tempat lawan serta bermain di gelanggang sendiri, skuad bimbingan Mehmet Durakovic dilihat memiliki kelebihan untuk mengatasi PKNS di Stadium Perak, Ipoh.

Walaupun ketinggala­n 1-2 ekoran kekalahan pada suku akhir pertama di Shah Alam, Irfan berpendapa­t bukan masalah besar untuk The Bos Gaurus memadam defisit itu.

“Perak hanya perlu menang 1-0 untuk layak ke separuh akhir kerana mereka sudah ada modal satu gol di tempat lawan. Berdasarka­n prestasi semasa, ia bukan masalah besar untuk mereka melaksanak­an misi itu.

“Lagipun dengan sokongan penyokong sendiri, sudah pasti semangat mereka bertambah meningkat. Namun, tidak dinafikan mereka akan menerima tentangan sengit daripada PKNS,” katanya.

Sementara itu, Selangor pula tidak berdepan masalah untuk ke separuh akhir dengan kelebihan tiga gol di tempat lawan yang diraih hasil kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur pada suku akhir pertama, dua minggu lalu.

Walaupun tidak menafikan elemen kejutan bukan sesuatu yang mustahil dalam bola sepak, namun Irfan yakin skuad bimbingan Nazliazmi Nasir cukup matang untuk menangani situasi itu.

Malah, Irfan percaya The Red Giants turut belajar daripada petaka yang menimpa Barcelona apabila dikalahkan Roma pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.

“Semua orang bercakap mengenai kekalahan Barcelona yang dianggap kejutan terbesar. Begitu juga apabila Juventus nyaris menyingkir­kan Real Madrid.

“Tapi, saya yakin dalam perlawanan Selangor-Kuala Lumpur elemen kejutan itu tidak akan berlaku kerana sudah pasti Selangor turut mengambil iktibar daripada dua perlawanan Liga Juara-Juara itu.

“Mereka sudah berada di depan dengan 3-0 yang diperoleh di tempat lawan, tidak semudah itu mereka mahu melepaskan peluang ke separuh akhir yang terhidang di depan mata mereka,” ujar Irfan.

 ??  ?? PEMAIN PKNS Rafael Ramazotti (kiri) diasak Shahrul Saad pada aksi suku akhir pertama.
PEMAIN PKNS Rafael Ramazotti (kiri) diasak Shahrul Saad pada aksi suku akhir pertama.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia