Harian Metro

PIYA, APEK TURUT DISISIH?

-

Angin sepoi-sepoi bahasa dari Kota Bharu, Kelantan membisikka­n ke telinga Spy Bola bahawa ‘tsunami’ yang melanda pasukan bergelar The Red Warriors belum berakhir.

Walaupun sudah ramai pemain ditunjukka­n pintu keluar termasuk dua pemain import,

Bruno Lopez

(Brazil) dan

Ferdinand Sinaga (Indonesia) serta pemain senior seperti

Norfarhan

Muhammad dan S Veenod namun spekulasi menyebut beberapa pemain lagi akan turut menerima nasib sama.

Antara yang disebut kepada Spy Bola adalah ketua pasukan, Badhri

Radzi yang lebih dikenali sebagai Piya dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Kedua-dua pemain berpengala­man itu dikatakan tidak ada dalam perancanga­n ketua jurulatih baharu, Fajer Ebrahim di samping bersesuaia­n dengan hasrat Persatuan

Bolasepak Kelantan

(KAFA) mengawal bajet musim ini.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan fakta bahawa Piya dan Apek langsung tidak tersenarai walaupun sebagai pemain simpanan ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan hujung minggu lalu.

Dengar cerita mereka akan dilepaskan menyertai pasukan lain apabila pintu perpindaha­n kedua dibuka pada pertengaha­n bulan depan. Khabar angin bertiup kencang menyatakan Apek akan menyertai Kuala

Lumpur. Spy Bola: Respek Bibi Ramjani.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia