Harian Metro

WAN ZACK KAKI PANCING

-

Pelbagai cara pemain bola hilangkan tekanan, ada yang suka bersiarsia­r, menonton wayang, membeli-belah, bermain permainan video dan macam-macam lagi.

Bagi Wan Zack Haikal Wan Nor, dia suka mengisi masa lapang dengan memancing ikan di kolam secara berseorang­an pada waktu malam.

“Saya akan pastikan dua anak saya yang berusia 2 tahun dan 9 bulan tidur terlebih dahulu sebelum keluar memancing sekitar jam 10 malam. Selalunya saya habiskan masa selama tiga jam.

“Saya suka memancing pada waktu malam serta berseorang­an kerana ia lebih tenang berbanding secara beramai-ramai. Sebab itu saya tidak membawa isteri dan anak-anak, cuma sesekali mereka mengikut saya.

“Lokasi kegemaran saya adalah Taman U, Seri Kembangan,” kata Zack.

Bagi Zack, aktiviti memancing bukan sahaja dapat meredakan ketenangan malah mengajarny­a erti kesabaran.

“Bila asyik memancing, lupa segala masalah mahupun tekanan. Ia sangat menyeronok­kan apatah lagi bila pulang dengan membawa hasil.”

Spy Bola: Musim pancing undi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia