Harian Metro

PEMAIN MINTA MAAF

-

Susulan tulisan melalui ruangan ini minggu lalu mengenai seorang pemain yang tiba-tiba naik angin apabila ditanya mengenai satu insiden yang membabitka­n dirinya, Spy Bola menerima panggilan daripada pemain berkenaan.

Kali ini nada suaranya agak berbeza, tidak keras atau kasar sebaliknya penuh berhemah seperti mana Spy Bola kenalinya sebelum ini.

Dia meminta maaf atas layanannya kepada Spy Bola tempoh hari. Menurutnya, ketika itu dia masih dalam keadaan marah mengenai insiden yang menimpanya.

Katanya, bukan Spy Bola seorang yang menjadi mangsa, malah isterinya sendiri turut terkena tempias bila dia bertanyaka­n mengenai insiden itu.

Tidak pasti adakah dia menyedari kesilapann­ya selepas Spy Bola menegurnya melalui ruangan ini atau secara kebetulan.

Namun, walau apa pun Spy Bola sudah menerima permohonan maaf itu dengan hati terbuka. Cuma, berharap agar pemain berkenaan mengawal sedikit sifat panas baran itu kerana ia menjadi punca dia terbabit insiden tempoh hari.

Spy Bola: Sesekali hilang sabar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia