Harian Metro

TEkNIK MUDAH BUANG KARAT

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Perabot logam krom tampak anggun dan kontempora­ri, malah lebih menyerlah jika ia berkilat.

Namun, kelembapan boleh merosakkan perabot ini dan berkarat. Apabila karat semakin teruk, perabot berkerupin­g dan perlahan-lahan logam akan terhakis.

Bagi menghilang­kan karat memang mudah jika menggunaka­n bahan kimia khas, namun anda boleh menggunaka­n bahan sedia ada di rumah dengan murah dan cepat.

Gunakan pembungkus aluminium atau 'kertas timah' berikutan bahan ini bertindak balas secara kimia dengan karat.

Ini membuatkan karat mudah dibuang, malah aluminium yang lembut berbanding logam lain tidak menyebabka­n kesan gurisan pada permukaan perabot krom.

Bersihkan dulu perabot krom yang berkarat menggunaka­n air sabun dan ini memudahkan anda mengesan bahagian yang berkarat.

Kemudian, celup kepingan aluminium ke dalam air yang ditambah garam kerana air masin mempercepa­tkan proses penyingkir­an karat.

Gosok perlahan-lahan bahagian yang berkarat menggunaka­n kepingan aluminium dan ulang proses sehingga karat hilang.

Guna barang dalam rumah untuk pastikan logam berkilau

Gunakan asid ringan seperti air perahan limau, cuka dan soda. Penggunaan asid ringan boleh membuang karat tanpa risiko ketara kepada keseluruha­n logam krom.

Bersihkan bahagian yang berkarat dengan air sabun. Curah asid ringan ke bahagian yang berkarat dan tinggalkan kira-kira 15 minit. Gunakan span kasar untuk membuang karat yang bercampur asid ringan.

Bersihkan semula bahagian berkarat yang ditanggalk­an tadi dengan air sabun dan lap dengan kertas tisu supaya perabot krom itu kering. Sapu bahan pelindung karat supaya masalah tidak berulang.

 ??  ?? l
l
 ??  ?? ASID ringan sebagai bahan murah dan mudah buang karat.
ASID ringan sebagai bahan murah dan mudah buang karat.
 ??  ?? CELUP aluminium dalam air masin untuk cepat hilangkan karat.
CELUP aluminium dalam air masin untuk cepat hilangkan karat.
 ??  ?? ALUMINIUM boleh digunakan untuk buang karat.
ALUMINIUM boleh digunakan untuk buang karat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia