Harian Metro

DISAMBAR ELEKTRIK

- Cnews@nstp.com.my

Seorang pemandu lori kren nyaris maut selepas kenderaan dikendalik­annya mengalirka­n arus elektrik manakala tayar turut terbakar sejurus penghujung besi penarik itu mengenai kabel tiang elektrik di

Jalan Kota Belud-Ranau di Kampung Sogoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam

12.05 tengah hari itu, Wendy Alexlander

Adun, 30, bagaimanap­un terselamat dan hanya cedera ringan pada keduadua tapak tangannya.

Saksi yang juga penduduk kampung, Arrey Pailin, 22, berkata, sebelum itu sebuah lori lain terbabas di jalan raya dan meminta bantuan pemandu lori kren yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

“Pemandu lori kren tiga tan itu tidak berjaya menarik lori terbabas kerana mempunyai berat yang lebih kurang sama.

“Ketika menarik kali kedua, tiba-tiba penghujung penarik itu terlepas dan terkena kabel tiang elektrik menyebabka­n tayar lori kren terbakar manakala pemandunya terhumban ke luar kenderaan akibat kejutan elektrik,” katanya kepada NSTP.

Menurutnya, beberapa

Pemandu lori kren tercampak besi penarik terkena kabel

penduduk yang melihat kejadian itu segera membantu memadamkan api menggunaka­n sumber air paip berhampira­n.

“Mangsa ditenangka­n penduduk dan dia kelihatan trauma berikutan kejadian itu,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud Rozlan Osman berkata, sebaik menerima panggilan jam 12.08 tengah hari, sembilan anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba, bomba mendapati api pada dua tayar belakang lori kren berjaya dipadamkan penduduk manakala enjin lori kren mati secara automatik. Pada masa sama, bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

“Kejadian itu menyebabka­n pemilik lembu mengalami kerugian RM9,000.

“Lawatan pegawai penyiasat ke lokasi kejadian menunjukka­n ia adalah kawasan kebun betik, getah, lada dan pisang yang dipenuhi lalang,” katanya sambil menambah siasatan masih diteruskan dan polis sedang mengesan suspek yang disyaki warga tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu membabitka­n perbuatan khianat terhadap ternakan.

 ??  ?? LORI kren yang digunakan untuk menarik lori lain yang terbabas di Jalan Kota Belud-Ranau.
LORI kren yang digunakan untuk menarik lori lain yang terbabas di Jalan Kota Belud-Ranau.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WENDY
WENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia