Harian Metro

Selamba bawa syabu dalam beg sandang

-

Perbuatan selamba seorang ‘tokan dadah’ membawa bekalan syabu dalam beg sandangnya mengundang padah apabila ditahan polis di Jalan Pesisir Simpang Miri, Bekenu di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 28 tahun itu dalam perjalanan menghantar bekalan dadah berkenaan kepada rangkaian pengedaran­nya sebelum ditahan anggota polis yang sedang menjalanka­n rondaan cegah jenayah kira-kira jam 6.15 petang.

Sumber memberitah­u, hasil pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui dua peket syabu seberat

102 gram dengan nilai pasaran mencecah RM9,000 disembunyi­kan dalam beg sandang dibawa suspek.

“Suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan lanjut. Polis juga sedang mengenal pasti sumber bekalan dadah itu diperoleh dan rangkaian pengedaran­nya,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? DADAH yang ditemui bersama suspek ketika ditahan di Jalan Pesisir Simpang Miri, Bekenu.
DADAH yang ditemui bersama suspek ketika ditahan di Jalan Pesisir Simpang Miri, Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia