Harian Metro

‘PELABURAN’ LEBUR

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Warga emas diculik, dibelasah tujuh lelaki selepas bertengkar di restoran

Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengeluark­an perintah reman empat hari ke atas lima lelaki bagi membantu siasatan kes penculikan membabitka­n seorang lelaki warga emas di sebuah restoran, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superinten­dan Abang Zainal Abang Ahmad berkata, semua suspek ditahan dalam sekatan jalan raya jam 12.30 tengah hari, Rabu lalu, sejurus pihaknya menerima maklumat mengenai kes penculikan berkenaan.

“Mangsa yang berusia 63 tahun turut ditemui selamat dalam kenderaan dinaiki suspek sebelum dibawa ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut. Mangsa cedera teruk di kepala, tangan dan kaki dipercayai akibat dibelasah kumpulan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa diculik selepas bertemu sekumpulan tujuh lelaki termasuk lima suspek berkenaan di sebuah restoran bagi membincang­kan soal pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, berlaku pertengkar­an antara mangsa dan kumpulan terbabit sebelum warga emas itu dibelasah seterusnya diheret masuk ke dalam sebuah kenderaan serta dilarikan.

“Bertindak atas maklumat itu, polis melancarka­n operasi besar-besaran dengan sekatan jalan raya diadakan di setiap jalan keluar masuk ke Lawas sebelum mengesan kenderaan digunakan kumpulan berkenaan,” katanya.

Abang Zainal berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan menculik dan melarikan seseorang dengan niat mahu mengurungn­ya secara salah. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Katanya, usaha dijalankan bagi mengenal pasti dua lagi individu yang turut berada di lokasi kejadian ketika warga emas itu dibelasah sebelum dilarikan.

 ??  ?? SUSPEK kes culik lelaki warga emas dibawa ke Mahkamah Majistret Lawas untuk perintah reman.
SUSPEK kes culik lelaki warga emas dibawa ke Mahkamah Majistret Lawas untuk perintah reman.
 ??  ?? ABANG Zainal
ABANG Zainal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia