Harian Metro

Rugi RM40,000 rumah dirompak

-

Seorang lelaki kerugian hampir RM40,000 apabila rumahnya diceroboh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Desa Bahagia, di sini, Rabu lalu.

Kejadian disedari kira-kira jam 7 pagi apabila mangsa berusia 23 tahun itu terjaga daripada tidur sebelum mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

Menurut sumber, hasil pemeriksaa­n lelaki itu mendapati pelbagai barangan berharga miliknya dan keluarga lesap.

“Antara barangan yang hilang adalah komputer riba, barangan kemas, jam tangan berjenama dan wang tunai RM2,000. Pemeriksaa­n lanjut mendapati individu terbabit menceroboh melalui pintu hadapan yang diumpil,” katanya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi ketika lelaki terbabit sedang tidur.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu,” katanya.

Katanya, laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia