Harian Metro

Tiada petunjuk penemuan nelayan hilang

-

Kinabalu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang hilang di perairan Pulau Menggalum, di sini, Isnin lalu, ditamatkan berikutan tiada petunjuk baru yang boleh membawa kepada penemuan mangsa.

Bagaimanap­un, Pengarah Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus melakukan pencarian mangsa dalam rutin rondaan harian.

“Sepanjang tempoh tiga hari pencarian mangsa dilakukan, tiada sebarang petunjuk positif dilaporkan. Khamis lalu operasi SAR ditamatkan, namun pencarian dalam rutin rondaan harian terus dilakukan,” katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia mengucapka­n ribuan terima kasih kepada agensi terbabit dalam SAR selama tiga hari yang bermula Isnin lalu.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi, Isnin lalu, sebuah bot nelayan tenggelam di perairan Pulau Menggalum, kira-kira 17 batu nautika dari Pulau Gaya, di sini, dan seorang nelayan di atas bot berkenaan dilaporkan hilang.

Mangsa, Husain Ishak, 23, warga Indonesia dipercayai bergerak dari Pulau Gaya menuju ke Pulau Menggalum untuk menangkap ikan seorang diri.

 ??  ?? ANGGOTA Maritim Malaysia menjalanka­n pencarian nelayan di perairan Pulau Menggalum.
ANGGOTA Maritim Malaysia menjalanka­n pencarian nelayan di perairan Pulau Menggalum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia